Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
390) PERHUTANAN NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keluasan hutan simpan kekal di Selangor pada tahun 2024 berbanding 5 tahun sebelumnya ?
Jumlah keluasan hutan simpanan kekal (HSK) di Selangor dari tahun 2020-2024 adalah seperti berikut:-
Tahun Luas HSK (Ha) 2020 250,207.39 2021 250,250.33 2022 250,250.33 2023 250,778.08 2024 250,987.12 Menjadikan komitmen Jabatan mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus hutan simpanan kekal daripada keluasan tanah negeri sebagai salah satu strategi di bawah Teras Kelestarian dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Sehingga kini, keluasan HSK di negeri Selangor adalah berjumlah 250,987.12 hektar atau bersamaan 31.7 peratus daripada keluasan tanah negeri Selangor. Untuk makluman terdapat pertambahan keluasan HSK sebanyak 779.73 hektar dalam tempoh 5 tahun telah direkodkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.