Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
184) PERHUTANAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pendapatan negeri Selangor daripada hasil hutan bagi tahun 2008 hingga 2014?
Jumlah keseluruhan pendapatan Negeri Selangor daripada hasil hutan bagi tahun 2008 sehingga bulan Oktober 2014 adalah berjumlah RM143,381,202.00. Pecahan jumlah hasil hutan mengikut tahun adalah seperti jadual berikut:
Tahun Hasil Kutipan 2008 11,186,401.00 2009 9,604,190.00 2010 13,204,557.00 2011 27,609,638.00 2012 29,928,370.00 2013 29,868,915.00 Sehingga 30.10 2014 21,979,131.00 JUMLAH 143,381,202.00 -
Nyatakan keluasan hutan simpanan kekal yang telah diwartakan setakat tahun 2014
Pada masa kini terdapat 70 kawasan Hutan Simpanan Kekal telah diwartakan di seluruh Negeri Selangor dengan jumlah keluasan lebih kurang 250,129 ha atau pun 31.54% daripada keluasan Negeri Selangor.
-
Senaraikan pemegang permit penggunaan yang masih aktif serta aktiviti yang dijalankan setakat tahun 2014
Setakat tahun 2014, jumlah pemegang Permit Penggunaan yang masih aktif adalah 67 permit. Jumlah bilangan Permit Penggunaan mengikut kategori adalah seperti berikut:
- Infrastruktur – 16 permit
- Pertanian di bawah talian elektrik TNB – 31 permit
iii- Rekreasi – 8 permit iv- Infrastruktur di bawah talian elektrik TNB – 1 permit v- Pertanian Ladang – 3 permit vi- Akuakultur – 3 permit vi- Penternakan – 1 permit vii- Kuari – 4 permit