Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

212) PERHUBUNGAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mempromosi program kerajaan dan meningkatkan imej Kerajaan Negeri Selangor? Sila berikan butir-butir

    Pihak Kerajaan Negeri telah melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu

    (HBPB) dua kali setahun sebagai salah satu ‘platform’ untuk mempromosikan Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap jabatan atau agensi.

    Kaunter Program MES juga telah dibuka di perkarangan jabatan-jabatan/ agensi di bawah Kerajaan Negeri yang terpilih di samping  mengedarkan risalah-risalah berkaitan dengan Program MES.

    Mempromosikan Program MES di billboard di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  2. Apakah jumlah bajet iklan dan promosi? Nyatakan pecahan.

    Bajet adalah berdasarkan kelulusan peruntukan setiap tahun mengikut Jabatan masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.