Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
40) PERHENTIAN TEKSI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah Majlis Perbandaran Sepang akan menyediakan perhentian teksi di Bandar Baru Salak Tinggi untuk memudahkan para penumpang?
MPSepang telah menyediakan hentian teksi tersebut bersebelahan di Medan Selera 88. Walaubagaimanapun, pengusaha – pengusaha teksi tidak mahu memasuki perhentian yang disediakan dengan alasan jauh daripada pusat bandar.
-
Apakah rancangan PBT dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pemandu teksi dan juga para penumpang?
Setiap pembangunan bandar baru akan disediakan terminal bas / teksi awam. Sebagai contohnya di Cyberjaya telah disediakan dua (2) tapak untuk tujuan terminal bas / teksi. Di samping itu juga, pembangunan pusat membeli-belah juga disyaratkan menyediakan tempat perhentian bas / teksi.