Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
33) PERHENTIAN BAS SENTRAL KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perjanjian-perjanjian antara pemaju dengan Majlis Perbandaran Klang?
Perjanjian yang telah dimeterai di antara Majlis Perbandaran Klang dengan pihak pemaju (NPO Development Sdn Bhd) bagi projek Terminal Bas & Teksi Klang Sentral ialah Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani oleh dua pihak tersebut pada 24hb April 2007.
-
Berapakah jumlah kos keseluruhan pembinaan perhentian bas tersebut? Sila nyatakan secara terperinci.
Kos keseluruhan pembinaan perhentian bas tersebut adalah berjumlah RM12,449,000.00. Secara terperinci kos tersebut adalah seperti dalam dokumen senarai kuantiti (Bills Of Quantity) projek tersebut yang dinyatakan di dalam Lampiran III, Perjanjian Konsesi projek Klang Sentral. Namun demikian, kos sebenar tertakluk kepada pengesahan bersama oleh Auditor Syarikat dan Akauntan MPK.
-
Berapakah bilangan purata bas yang keluar masuk setiap hari di perhentian bas tersebut?
Pihak Syarikat Nadi Corporation Berhad yang telah dilantik oleh pemaju (NPO Development Sdn Bhd) sebagai pengurus syarikat-syarikat bas di Platform bas, Terminal A & B Klang Sentral memaklumkan bahawa jumlah bas yang masuk dan keluar ke Terminal Klang Sentral adalah lebih kurang 176 hingga 216 buah bas sehari di Terminal A yang terdiri daripada syarikat bas ekspres dan bas tempatan manakala lebih kurang 5 hingga 6 buah bas sehari yang keluar masuk ke Terminal B (Klang-Kuala Lumpur), Klang Sentral pada masa ini.