Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
198) PERDAGANGAN BEBAS
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah ada perancangan dari Kerajaan Negeri berkaitan kawasan Perdagangan Bebas di Sungai Way yang terdapat kilang-kilang yang kosong sedangkan disitu juga terdapat penempatan pekerja-pekerja yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor?
Kawasan Perindustrian Sungai Way berada dalam kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)sebagai Zon Perindustrian Bebas cukai (Free Trade Zone). Sekiranya terdapat cadangan Pembangunan semula di kawasan ini, Pihak Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengadakan perbincangan serta mendapatkan persetujuan daripada Pihak Kementerian Kewangan Malaysia.