Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
104) PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah nilai eksport produk-produk dari Selangor ke peringkat antarabangsa?
Jabatan Perangkaan tidak mempunyai data eksport / import mengikut negeri. Walau bagaimanapun, Jabatan Perangkaan telah menjalankan Banci Ekonomi 2011 bagi tahun rujukan Maklumat ini boleh digunakan sebagai input untuk menganggar nilai eksport dari negeri Selangor.
Antara sektor yang menyumbangkan kepada nilai eksport yang tinggi adalah sektor pembuatan. Hasil Banci yang dijalankan menunjukkan bahawa jumlah nilai jualan sektor pembuatan daripada negeri Selangor adalah sebanyak RM216.55 bilion (27.1 peratus) daripada jumlah keseluruhan nilai jualan di peringkat Malaysia iaitu RM799.99 bilion pada tahun 2010.
-
Nyatakan jenis-jenis produk dan kawasan industri penyumbang utama perdagangan antarabangsa Selangor?
Oleh yang demikian, berdasarkan kajian tersebut adalah didapati lima (5) produk pembuatan yang mencatatkan nilai jualan yang tinggi daripada Negeri Selangor adalah seperti berikut:
Keterangan Nilai Jualan (RM’000) Nilai (RM Bilion) Carriage assembly (hard disk drive) 10,320,107.8 10.320 Air-conditioner, room 3,382,734.3 3.383 Rubber gloves, examination 3,237,123.4 3.237 Plasma Televisyen 2,534,130.1 2.534 Modulator 2,114,859.1 2.115 Manakala nilai jualan produk pembuatan mengikut daerah di Negeri Selangor adalah seperti berikut:
Daerah Nilai Jualan (RM’000) Nilai (RM Bilion) Petaling 107,621,042.3 107.621 Klang 43,489,054.2 43.489 Hulu Langat 34,856,743.4 34.857 Gombak 16,190,604.3 16.191 Kuala Langat 7,179,529.0 7.180 Kuala Selangor 2,852,548.7 2.853 Sepang 2,622,418.0 2.622 Hulu Selangor 1,642,170.5 1.642 Sabak Bernam 98,301.7 0.98 JUMLAH 216,552,412.1 216.552 Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor.
Nota:
Mengikut peruntukan di bawah Akta Perangkaan, 1965 (Disemak – 1989), maklumat individu syarikat yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Berdasarkan Akta Perangkaan, kerahsiaan maklumat responden adalah merupakan elemen utama yang diberi penekanan.
-
Nyatakan anak-anak syarikat negeri yang aktif di peringkat perdagangan antarabangsa?
Berdasarkan rujukan dengan anak syarikat negeri, tiada syarikat negeri yang aktif di peringkat perdagangan