Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
44) PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah nilai eksport produk-produk dari Selangor ke peringkat antarabangsa pada tahun 2014?
Maklumat berkenaan nilai ekport produk – produk dari Selangor ke peringkat antarabangsa tidak dapat dinyatakan kerana tiada mekanisme khusus di peringkat Negeri bagi memantau prestasi perdagangan seperti sistem percukaian yang dilaksanakan.
-
Nyatakan jenis-jenis produk dan kawasan industri penyumbang utama perdagangan antarabangsa Selangor pada tahun 2014
Antara jenis produk dan kawasan industri penyumbang utama perdagangan Selangor pada tahun 2014 adalah;-
Bil. Jenis Produk Kawasan Industri 1. Rubber Glove – Kawasan Perindustrian Meru, Klang – Kawasan Perindustrian Berjuntai Bistari, Kuala Selangor
2. Electrical & Electronic – FIZ Sg Way – Bandar Baru Bangi
– FTZ Teluk Panglima Garang
3. Aviation – Subang – Shah Alam
4. Food Products – Pulau Indah – Shah Alam
5. Logistic – Shah Alam 6. Transport Equipment – Shah Alam – Serendah
– Bukit Beruntung
– Bangi
Sumber : Invest Selangor