Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
394) PERCUKAIAN ANAK SYARIKAT AIR SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini kes undang-undang percukaian terhadap anak syarikat Air Selangor oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ?
Tiada tindakan undang-undang percukaian oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Air Selangor.
Tindakan undang-undang percukaian yang diambil oleh LHDN adalah terhadap anak syarikat Air Selangor iaitu syarikat-syarikat konsesi air yang diambil alih oleh Air Selangor selaras dengan penstrukturan semula industri air Selangor. Kesemua kes undang-undang percukaian terhadap anak syarikat ini masih dalam proses litigasi.
Syarikat-syarikat konsesi air ini iaitu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan PNSB Water Sdn Bhd (PNSB Water), sudah berhenti operasi dan sedang dalam proses penggulungan. Seperti yang dinasihatkan oleh peguam Air Selangor, liabiliti cukai anak syarikat Air Selangor tidak akan dipindahkan kepada Air Selangor walaupun anak syarikat sudah berhenti operasi.