Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
172) PERCANGGAHAN GUNA PAKAI TANAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Difahamkan dalam jawapan soalan mulut saya dalam Sidang Mesyuarat Kedua Penggal Keempat tahun 2011 bahawa kelulusan pembangunan atas tapak tanah Lot 1244 Taman Prima Selayang adalah bagi membina Ô1 unit Bangsal Terbuka dan 1 unit Kabin untuk Pejabat Ô, sedangkan, pada hari ini, apa yang jelas kelihatan adalah bangunan konkrit kilang sejuk beku. Syarat nyata guna pakai tanah tersebut oleh Jabatan Perancang Bandar Majlis Perbandaran Selayang (MPS) adalah untuk tapak gerai. Dimaklumkan juga bahawa Jabatan Pelan Bangunan MPS telah pun mengeluarkan kompaun kepada pemilik. Berapakah kuantum kompaun serta syarat-syarat lain yang telah dikenakan kepada tuan punya bangunan kerana kesalahan tersebut?
Kompaun di bawah seksyen 70(13)(b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) telah dikeluarkan pada 19 Jun 2012 berjumlah RM25,000.00 kerana melencong daripada pelan yang Syarat-syarat lain yang dikenakan ialah pemohon dikehendaki mengemukakan pelan ‘as-built’serta kompaun yang dikenakan itu perlu dijelaskan terlebih dahulu.
-
Bagaimanakah milik tanah kerajaan yang telah dikhususkan untuk rakyat tempatan berniaga secara kecil-kecilan (gerai) boleh ditukar kepada milik individu yang jelas hanya memberi kepentingan kepada individu itu sahaja?
Berdasarkan semakan PTD Gombak, tarikh daftar hakmilik adalah pada 18 Februari 1994. Oleh itu pemberimilikan tanah ini adalah pada tahun 1990an oleh MMKN ketika
-
Berapa lamakah tempoh milikan sementara yang telah diberikan kepada individu tersebut untuk beroperasi serta jaminan yang diberikan supaya tanah itu akan dapat dikembalikan untuk kegunaan bersama rakyat?
Tanah tersebut merupakan tanah hakmilik dan tempoh pajakannya adalah 99 tahun dan akan tamat pada 17 Februari