Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
154) PERBICARAAN KES MENGHINA INSTITUSI DIRAJA SELANGOR OLEH YB. ADUN SRI MUDA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah bayaran yuran peguam telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri terhadap kes ini?
Kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam melantik peguam bagi mewakili kes tersebut setakat ini ialah RM 60 ribu.
-
Adakah munasabah kerajaan negeri membayar yuran peguam ini?
Kerajaan Negeri berpendapat bahawa tindakan YB. DUN Sri Muda adalah untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri serta menyuarakan hasrat rakyat maka adalah perlu untuk Kerajaan Negeri membiayai khidmat guaman tersebut.