Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
2) PERBEZAAN KEMAJUAN DI BAWAH PBT DAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Perbezaan ketara dari segi kemajuan kawasan di bawah pentadbiran PBT dengan pentadbiran di bawah pejabat Daerah melalui penghulu dan ketua-ketua kampung. Tidakkah perbezaan pentadbiran di atas menjadikan kawasan kampung terus ketinggalan?
Untuk makluman, kawasan kampung tidak akan ketinggalan dari aspek pembangunan
kerana dari segi perancangan telah mengambil kira kawasan perbandaran dan luar
bandar. Yang membezakan adalah dari segi pengurusan sahaja yang dibahagikan iaitu
kawasan operasi (dikenakan cukai) dan kawasan luar operasi (tidak dikenakan cukai). -
Mengapakah tidak disatukan kedua pentadbiran, agar penduduk kampung mendapat kemudahan yang didapati oleh penduduk di PBT?
Kawalan secara dasarnya merangkumi semua kawasan termasuk bandar dan luar
bandar seperti mana yang digariskan di dalam undang-undang sedia ada. Cuma yang
membezakan adalah perkhidmatan perbandaran sahaja yang tidak diberikan kerana
cukai taksiran tidak dikenakan. Sekiranya penduduk kampung bersetuju untuk
dikenakan cukai taksiran agar perkhidmatan, maka pihak PBT akan memberikan
perkhidmatan sewajarnya. Walau bagaimanapun perkara ini perlu mendapat
persetujuan kesemua kampung yang terlibat di dalam kawasan yang dicadangkan untuk
perluasan kawasan operasi yang mana akan melibatkan pembayaran cukai taksiran
seperti mana rumah kediaman di kawasan bandar. -
Apakah faktor kemiskinan menyebabkan penduduk kampung tidak dapat diberi kemudahan yang sama kepada mereka seperti penduduk di taman-taman di bawah PBT?
Faktor kemiskinan penduduk kampung sama sekali tidak dijadikan asas untuk
pemberian perkhidmatan pembandaran. Faktor utama yang diambil kira adalah cukai
taksiran yang dibayar oleh pemegang harta kepada PBT untuk menanggung kos
perkhidmatan yang diberikan seperti yang telah diperuntukkan di dalam Akta 171.