Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
126) PERBELANJAAN WANG RIZAB NEGERI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci perbelanjaan yang menggunakan rizab simpanan negeri dari 2019-2021?
Prestasi Rizab Kewangan Negeri Selangor pada tahun 2019 hingga 2021 adalah seperti berikut :
Prestasi Rizab Kewangan Negeri Selangor merekodkan peningkatan di dalam Akaun Amanah Disatukan iaitu daripada RM1,874.47 juta pada tahun 2019 kepada RM 2,061.70 juta pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak RM187.23 juta atau 9.99%. Manakala prestasi rizab ini turut merekodkan peningkatan iaitu daripada RM2,061.70 juta pada tahun 2020 kepada RM2,170.05 juta pada tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak RM108.35 juta atau 5.26%.
Akaun Hasil Disatukan merekodkan peningkatan daripada RM267.29 juta pada tahun 2019 kepada RM383.42 juta di dalam tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak RM116.73 juta atau 43.45%. Manakala angka Akaun Hasil Disatukan turut merekodkan peningkatan daripada RM383.42 juta pada tahun 2020 kepada RM633.76 juta di dalam tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak RM250.34 juta atau 65.29%.
Jumlah Rizab Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Disember 2019 adalah sebanyak RM2,141.76 juta manakala jumlah rizab pada 31 Disember 2020 adalah sebanyak RM2,445.12. juta dengan peningkatan rizab sebanyak RM303.36 juta atau 14.16%. Secara perbandingannya jumlah rizab Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM2,803.81 juta atau peningkatan sebanyak RM358.68 juta atau 14.67 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020.
Peningkatan di dalam angka-angka rizab ini daripada tahun 2019 ke tahun 2021 menunjukkan peningkatan di dalam tabungan Rizab Kerajaan Negeri yang disumbangkan oleh peningkatan hasil dan strategi kawalan perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang berhemah.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengawal perbelanjaan tersebut?
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kewangan melalui peningkatan di dalam prestasi kutipan hasil cukai serta melaksanakan strategi kawalan perbelanjaan yang berhemah bagi penuntukan mengurus dan pembangunan agar tiada pembaziran dan ketirisan berlaku. Strategi ini adalah penting agar segala dasar dan program yang dirancang dapat dilaksanakan untuk kebajikan rakyat Negeri Selangor