Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
132) PERBELANJAAN WANG RIZAB NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pengeluaran perbelanjaan wang rizab negeri tahun 2018-2019.
Jumlah pengeluaran perbelanjaan Wang Rizab Kewangan Negeri Selangor di bawah Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2018-2019 adalah sebanyak RM195.80 juta.
-
Apakah usaha dan tindakan Kerajaan dalam mengawal dan memastikan rizab negeri dalam keadaan yang stabil dan sihat?
Usaha dan tindakan Kerajaan di dalam mengawal dan memastikan rizab negeri dalam keadaan sihat dan stabil adalah semua Belanjawan Negeri diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.