Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
63) PERBELANJAAN PERUNTUKKAN MARRIS KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah kilometer (km) jalan-jalan di bawah selenggaraan MBSA yang layak mendapat peruntukkan MARRIS?
Jumlah kilometer (km) jalan Majlis di MBSA yang telah disahkan mengikut rekod MARRIS JKR sehingga 18 Jun 2013 ialah 1988.563 km. Sementara itu sepanjang 250 km lagi jalan Majlis sedang dalam proses pendaftaran dan pengesahan pihak JKR.
-
Berapakah kadar per kilometer peruntukkan disediakan di bawah MARRIS untuk menyelenggarakan jalan?
Pada masa ini kadar peruntukan bagi penyelenggaraan jalan Majlis yang didaftarkan dan disahkan di bawah MARRIS bagi setiap kilometer ialah RM 33,000.00. Berdasarkan kepada panjang jalan Majlis di bawah MARRIS yang disahkan oleh JKR dan kadar peruntukan penyelenggaraan yang ditetapkan oleh JKR, MBSA adalah layak menerima geran MARRIS berjumlah RM65.6 juta sahaja setahun.
-
Berapakah jumlah bayaran yang diberi kepada pihak MBSA dan Kerajaan Negeri di bawah peruntukkan MARRIS mengikut tahun, dari tahun 2008- 2012?
Jumlah panjang jalan yang telah diselenggara menggunakan peruntukan MARRIS yang telah diterima dari tahun 2009 hingga 2012 bagi MBSA adalah seperti berikut :
Bil Tahun Jumlah Projek Peruntukkan (RM) Peruntukan Perbelanjaan 1. 2009 25 7 juta 4,845,145.31 2. 2010 13 5.5 juta 6,172,080.00 3. 2011 34 4.2 juta 3,048,325.86 4. 2012 59 9.2 juta 8,170,759.50