Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
329) PERBELANJAAN PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah perbelanjaan peruntukan MARRIS Negeri Selangor mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tahun 2013 ?
Perbelanjaan peruntukan MARRIS kepada PBT pada Tahun 2013 adalah seperti berikut:-
PIHAK BERKUASA TEMPATAN PERUNTUKAN (RM)
PERBELANJAAN (RM) Majlis Bandaraya Shah Alam 15,816,789.20 9,246,499.00 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 21,625,738.25 19,216,769.18 Majlis Perbandaran Subang Jaya 13,420,744.30 10,327,005.25 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 16,501,729.90 15,671,230.30 Majlis Perbandaran Kajang 20,072,734.60 16,498,254.50 Majlis Perbandaran Selayang 18,774,667.90 16,438,833.77 PIHAK BERKUASA TEMPATAN PERUNTUKAN (RM)
PERBELANJAAN (RM) Majlis Perbandaran Klang 28,966,178.80 27,012,831.50 MajlisPerbandaranSepang 7,255,630.35 6,262,130.75 Majlis Daerah Kuala Selangor 17,101,815.50 13,675,460.80 Majlis Daerah Kuala Langat 15,604,707.75 14,309,492.70 Majlis Daerah Hulu Selangor 10,640,479.70 9,817,173.00 Majlis Daerah SabakBernam 12,881,692.70 7,097,007.76 JUMLAH 198,662,908.95 165,572,688.51 -
Adakah kerajaan negeri sedar terdapat jalan-jalan yang ditampal di bawah peruntukan MARRIS amat tidak memuaskan, apakah sebabnya ?
Kerajaan Negeri berpandangan kebanyakan jalan yang ditampal sewajarnya dilaksanakan secara heavy patching ataupun rehabilitasi jalan dan kebanyakan kontraktor yang melaksanakan kerja juga kurang memuaskan.
Antara punca-punca yang menyebabkan kualiti tampalan jalan tersebut tidak memuaskan adalah kemungkinan pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja di tapak tidak membersihkan jalan-jalan yang hendak ditampal tersebut daripada bendasing dengan sempurna seperti yang ditetapkan oleh pegawai penguasa, lapisan/semburan tack coat yang bertujuan untuk melekatkan premix dengan permukaan jalan yang tidak mengikut spesifikasi, suhu premix semasa penurapan dan pemadatan tidak mengikut suhu yang dibenarkan, premix mungkin tidak dipadatkan dan diratakan sehingga memuaskan.
Selain daripada itu, perubahan cuaca (hujan) semasa atau selepas kerja-kerja tampalan juga merupakan salah satu punca tampalan jalan tersebut tidak memuaskan dan tidak tahan lama. Ini kerana ia mampu melemahkan struktur turapan yang telah dijalankan.
-
Sejauh manakah tindakan yang diambil untuk memastikan penyenggaraan jalan yang ditampal tidak mudah rosak ?
Jabatan atau Agensi Pelaksana akan terus memantau dan menyelia kerja-kerja yang dijalankan bagi memastikan mutu dan kualiti bahan dan kerja yang dilaksanakan adalah seperti yang ditetapkan di dalam kontrak dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pegawai penguasa.
Jika didapati kontraktor tersebut tidak menjalankan kerja dengan memuaskan tanpa sebab yang munasabah, Jabatan atau Agensi Pelaksana akan mengeluarkan noncompliance report.