Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
5) PERBELANJAAN PERUNTUKAN ADUN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana cara perbelanjaan peruntukan DUN Kawasan Sungai Pelek dan sila kemukakan penyata terperinci berkenaan
Cara perbelanjaan peruntukkan DUN Kawasan Sungai Pelek adalah berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil. 1 tahun 2010 berhubung Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Dewan Negeri Selangor.
Perincian perbelanjaan peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kawasan Dewan Negeri Sungai Pelek (N56) bagi tahun 2010 adalah seperti di LAMPIRAN A.
-
Adakah peruntukan bagi DUN Sg. Pelek disalurkan ke kawasan lain demi kepentingan politik ADUN PR yang diamanahkan menjaga DUN Sg. Pelek?
Setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) di Selangor mendapat peruntukan yang sama bagi memastikan program atau projek pembangunan kawasan ADN yang dipilih berjalan lancar. pelaksanaannya adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Selangor Bil. 1/2010 yang sedang berkuat kausa. dalam hal ini, tiada peruntukan bagi DUN Sungai Pelek (N56) yang diluluskan atau disalurkan kepada mana-mana DUN lain di Negeri Selangor kerana setiap ADN adalah diminta untuk berbelanja berdasarkan peruntukan sedia ada tanpa melibatkan pertambahan peruntukan dari mana-mana sumber.