Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

39) PERBELANJAAN KOD PROJEK PK9, VOT PO1 PEJABAT MENTERI BESAR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGER

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua perbelanjaan dibawah peruntukan ini pada tahun 2016 dan 2017.

    Peruntukan di bawah Pecahan Kepala (PK) perbandaran ini bertujuan untuk menampung pelaksanaan projek dan program pembangunan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor meliputi skop Kemudahan Asas, Kemudahan Awam, Pengangkutan, Pengurusan Sisa Pepejal dan Kerajaan Tempatan. Peruntukan pembangunan ini juga memberi keutamaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berstatus daerah bagi melestari pembangunan di kawasan tersebut.

    Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM23,489,766.86 bagi tahun 2016 dan perbelanjaan adalah sebanyak RM23,225,076.71 bersamaan 98.8%. Manakala bagi tahun 2017, peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM81,578,000.00 dan sehingga 30 Jun 2017 sebanyak RM29,567,500.48 (36.24%) telah dibelanjakan. Penyaluran peruntukan tersebut adalah berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) yang perlu dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor bagi projek-projek yang telah diluluskan dengan mematuhi tarikh akhir serahan SST yang telah ditetapkan. Perbelanjaan terperinci bagi peruntukan di bawah PK9 Perbandaran bagi tahun 2016 dan tahun 2017 adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.