Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
28) PERBELANJAAN KESIHATAN DAN PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah perbelanjaan Kerajaan Negeri telah digunakan untuk aspek Kesihatan setakat Oktober 2014?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan telah membelanjakan hampir 90% daripada jumlah peruntukan yang diperuntukkan iaitu RM800,000.00 bagi tahun 2014 dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pembangunan kesihatan di Negeri Selangor. Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM722,483.85.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 69% daripada peruntukan ini disalurkan kepada Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor manakala selebihnya digunakan bagi tujuan kempen dan mempromosi gaya hidup sihat di Negeri Selangor.
-
Sila kemukakan senarai bilangan penduduk yang menerima rawatan mengikut setiap Pusat Dialisis Rakyat yang ditubuhkan
Bilangan penduduk yang menerima rawatan mengikut setiap Pusat Dialisis Rakyat adalah seperti di Jadual
BIL. LOKASI PDR JUMLAH MESIN JUMLAH PENERIMA 1 Ampang 12 37 2 Taman Medan 8 18 3 Sementa 8 29 4 Lembah Keramat 8 28 JUMLAH 36 112 Jadual 1
-
Berapakah perbelanjaan bulanan untuk satu Pusat Dialisis Rakyat?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kos perbelanjaan bulanan untuk satu Pusat Dialisis Rakyat adalah seperti di Lampiran A.
Lampiran A
PUSAT
DIALISIS RAKYAT
JANUARI (RM)
FEB (RM)
MAC (RM)
APRIL (RM)
MEI (RM)
JUN (RM)
JULAI (RM)
OGOS (RM)
SEPT (RM)
OKT (RM)
Ampang
35,920.20
35,920.20
35,920.20
36,900.00
38,400.00
39,611.20
42,193.60
42,193.60
42,414.00
42,414.00
Lembah Keramat 23,185.00
23,195.00
23,195.00
24,592.20
24,592.20
25,708.40
26,458.40
27,391.20
28,291.60
28,892.80
Taman Medan 26,208.36
26,208.36
26,458.76
28,359.16
28,359.16
28.359.16
29,059.96
29,309.96
30,710.76
30,710.76
Sementa
26,309.36
26,306.36
26,709.16
28,559.16
31,693.50
32,144.30
32,695.10
32,945.10
34,566.30
34,566.30
PUSAT DIALISI RAKYAT PERBELANJAAN SEHINGGGA OKTOBER 2014 Ampang 391,887.00 Lembah Keramat 255,511.80 Taman Medan 283,744.40 Sementa 306,495.64 JUMLAH 1,237,638.84