Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

96) PERBELANJAAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah perbelanjaan Kerajaan Negeri telah memperlihatkan kesan-kesan positif berikutan perbelanjaan berhemah dan berjimat-cermat? Sila beri contoh dan perbandingan sebelum ini.

    Perbelanjaan Kerajaan Negeri dibuat adalah berdasarkan kepada kemampuan
    berbelanja, keperluan semasa dan kepentingan perkhidmatan dan masyarakat.
    Perbelanjaan yang dibuat adalah berdasarkan prosedur dan peraturan kewangan
    sedia ada.
    Berdasarkan rekod perbelanjaan Kerajaan Negeri setelah mengambil langkah
    berjimat-cermat, sebagai contoh melalui peraturan pembekuan pembelian aset kepada
    Jabatan Kerajaan. Jadual di bawah menunjukkan prestasi perbelanjaan aset bagi
    tahun 2006 sehingga 30 September 2009. Berdasarkan prestasi tersebut, dapat dilihat
    kesan positif iaitu penurunan sebanyak 35.6% perbelanjaan aset pada tahun 2008
    berbanding tahun 2007 dan untuk makluman Yang Berhormat sehingga 30 September
    hanya RM991,692.80 sahaja permohonan aset yang diluluskan.
    TAHUN
    JABATAN
    (RM)
    LUAR
    JANGKA
    (RM)
    JUMLAH
    (RM)
    2006 13,737,371.82 0.00 13,737,371.82
    2007 11,271,893.67 0.00 11,271,893.67
    2008 2,841,160.62 4,758,078.80 7,599,239.42
    2009
    (sehingga 30.09.09)
    86,840.00 904,852.80 991,692.80

  2. Nyatakan cara-cara kerajaan dapat mengurangkan ketirisan dan bilakah kerajaan akan mengguna sistem tender yang tidak berasaskan kaum.

    Berikut adalah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengurangkan ketirisan dalam
    pengurusan kewangan:-
    1) Kesemua perolehan Kerajaan Negeri adalah secara tender bagi mendapatkan
    harga tawaran terbaik dan kompetitif bagi setiap projek / program kecuali untuk
    perkara-perkara yang berbentuk kecemasan dan darurat;
    2) Memperkenalkan sistem perolehan kerajaan secara online melalui laman
    http://tender.selangor.gov.my;
    3) Menggunakan sistem pembayaran secara online melalui Sistem Perakaunan
    Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) bagi mempercepat dan
    mengurangkan birokrasi bayaran kepada pembekal/kontraktor; serta
    4) Mengambil langkah-langkah penjimatan dan berhemah dalam perbelanjaan wang
    awam, seperti mengehadkan penganjuran kursus di bangunan kerajaan sahaja,
    mengehadkan perjalanan ke luar negara, menjimatkan penggunaan utiliti seperti
    bekalan elektrik dan air dan mengurangkan pembelian aset baru kerajaan.
    Kerajaan Negeri pada masa kini masih lagi mengekalkan sistem tender yang
    berasaskan kepada kaum. Namun begitu, perkara ini akan dikaji oleh Kerajaan Negeri
    dari masa ke semasa bersesuaian dengan perubahan ekonomi dan tingkatan
    pendapatan bagi keseluruhan penduduk negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.