Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

29) PERBELANJAAN EARLY INTERVENTION PROGRAM (EIP)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bagaimanakah RM3 juta yang diperuntukkan untuk Early Intervention Program (EIP) di bajet 2017 dibelanjakan?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui pembentangan Belanjawan 2017 telah bersetuju dan meluluskan sejumlah RM3.0 juta untuk menjayakan Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme – EIP) sebagai langkah dalam mewujudkan masyarakat penyayang (Ucapan Bajet, 2017). Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan pendidikan dan perkhidmatan terapi yang diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas seperti fisioterapi, occupational therapy, speech therapy dan hydrotherapy.

    Melalui peruntukan yang diluluskan, Kerajaan Negeri telah menzahirkan sokongan dan komitmen dalam membantu pihak institusi dan badan kebajikan dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan Early Intervention Programme – EIP yang terbaik kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas. Bantuan yang diberikan ini juga adalah diharapkan dapat membantu dalam menampung kos-kos yang berkaitan dengan pelaksanaan program intervensi awal kanak-kanak tersebut.

    Sehubungan itu, institusi dan badan kebajikan yang ingin mendapatkan bantuan EIP ini, bolehlah membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan.

  2. Sila senaraikan pertubuhan-pertubuhan yang menerima peruntukkan daripada Kerajaan Negeri melalui program ini. Bagaimanakah pemilihan dibuat?

    Senarai institusi dan badan kebajikan yang telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan Program EIP adalah seperti berikut:-

    Bil Nama dan alamat institusi / badan kebajikan Amaun diterima
    1. Pusat Asuhan Kanak-kanak Autisme, Andra Uphill

    Taska Andra, No,1, Jalan SM3, Taman Salak Maju, 43900 Salak Tinggi, Selangor.

    RM50,000.00
    2. Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus Sdn. Bhd.

    Lot U-72-G & U-72-1, Jalan PJU 5/22, Red Carpet Avenue, Encorp Strand Mall, 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

    RM100,000.00
    3. Inisiatif Sokongan Autisme Nouri Berhad (InSaNi)

    No 30 Jalan SU 34, Taman Selayang Utama, 68100 Batu Caves, Selangor

    RM100,000.00
    4. The National Autism Society Of Malaysia (NASOM)

    No. 5, Lorong Sepat 2, Taman Bertek Teluk Pulai, 41300 Klang, Selangor

    RM100,000.00
    5. The Olive Trees School (tOts)

    No. 1-1-01, D’Vida Commercial Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, Seksyen U8, 40150 Shah Alam, Selangor

    RM100,000.00
    6. Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang

    No. 17, Jalan Seksyen 2/14, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor

    RM100,000.00
    7. Persatuan Kebajikan Anak-anak Istimewa Selangor (ORKIDS)

    ORKIDS Office, No. 2, Jalan 22/57, SS1, Petaling Jaya, Selangor

    RM100,000.00
    8. Kiwanis Down Syndrome Foundation

    Lot 13490, Jalan Jenjarum, Off Jalan SS23/1, Taman SEA, 47400 Petaling Jaya, Selangor

    RM100,000.00
      JUMLAH RM750,000.00

     

    Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, pemberian sumbangan peruntukan ini diberikan berdasarkan permohonan yang diterima dari institusi atau badan kebajikan yang menjalankan perkhidmatan EIP

Lampiran

Tiada Lampiran.