Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
136) PERBANDARAN KUALA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah keuntungan kepada masyarakat tempatan di Kuala Selangor dengan cadangan menaikkan taraf Kuala Selangor kepada "city" status?
Keuntungan kepada masyarakat tempatan di Kuala Selangor dengan cadangan menaikkan taraf Kuala Selangor kepada “city” status adalah seperti berikut:-
- Meningkatkan tahap perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk dengan lebih baik.
- Peruntukan untuk pembangunan dan penyelenggaraan infra meningkat.
- Meningkatkan ekonomi melalui penambahan keluasan pembangunan dalam daerah.
- Mendapat lebih ramai pelabur untuk merancakkan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan
- Menjadikan Kuala Selangor lebih berdaya saing dengan menawarkan kualiti kehidupan yang lebih tinggi.
- Mendapat lebih ramai pelancong yang datang untuk menikmati keindahan dan keceriaan di samping warisan sejarah yang dipelihara
- Rakyat dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa dan maju di bandar yang pintar dan lestari.
-
Adakah cukai tanah dan cukai pintu akan dinaikkan? Adakah bayaran meletak kereta akan mula dikenakan selaras dengan cadangan di atas?
Kenaikan atau penurunan kadar cukai taksiran adalah berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 137 (3), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dimana sesuatu Senarai Nilaian baharu yang mengandungi butir-butir yang sama seperti dalam subseksyen (1) hendaklah disediakan dan disiapkan sekali tiap-tiap lima tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Pelaksanaan ini meliputi semakan kadar sewa semasa sesuatu pegangan dan pengemaskinian data. Sesuatu pegangan itu akan berlaku kenaikan cukai pintu juga sekira berlakunya penambahan pada ruang boleh guna pegangan tersebut. Kali terakhir Majlis Daerah Kuala Selangor membuat pindaan senarai nilaian baru melalui Seksyen 137, Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah pada tahun 1997.
Pengenaan bayaran meletak kereta tiada kaitan dengan kenaikkan taraf Kuala Selangor. Ia boleh dikuatkuasakan setelah mendapat pengwartaan bagi tujuan kawalan tempat letak kereta supaya lebih selamat, teratur dan mudah menggunakan aplikasi telefon selular selaras ke arah menjadikan Selangor sebagai negeri pintar.