Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

117) PERBAIKI KELEMAHAN PEMBERIAN KONSESI LEBUHRAYA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tanah yang diluluskan sebagai konsesi kepada operator di Negeri Selangor membawa implikasi tanah tersebut seolah-olah diberi hak mutlak kepada operator. Namun, tiada hak milik dikeluarkan bagi tujuan tersebut. Apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memperbaiki keadaan ini.

  2. Berapa banyakkah Kerajaan Negeri kehilangan hasil daripada kepincangan dalam perjanjian konsesi seperti ini dari tahun 2004 hingga 2008

  3. Bagi kawasan dan tanah R&R, berapa banyakkah Kerajaan Negeri mendapat pulangan dalam bentuk bayaran premium dan kutipan cukai tanah dari tahun 2004 hingga 2008.

Lampiran

Tiada Lampiran.