Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
51) PERBADANAN WAKAF SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan lembaga pengarah, pengurusan kanan dan struktur Perbadanan Wakaf Selangor?
- Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) merupakan anak syarikat MAIS yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 mengikut subseksyen 8(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Perbadanan menjalankan fungsi- fungsinya berdasarkan kepada Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 yang berkuat kuasa mulai 11 Januari
Keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor adalah seperti berikut :
Bil. Nama Jawatan
- A.D. Dato’ Setia Ramli Bin Mahmud Pengerusi
- Bhg. Dato’ Haji Ibrahim Bin Haji Md Yusof
Timbalan Pengerusi
- Bhg. Dato’ Dahlan Bin Rasaid Ahli
- M. Datin Paduka Ungku Arfah Binti Ungku Md Tahir
- Bhg. Prof. Madya Dr. Ismail Bin Mohd @ Abu Hassan
- Bhg. Dato’ Haji Misri Bin Haji Mohd Idris
Ahli Ahli Ahli
- Haji Mohd Azli Bin Md Yusof Ahli
- Encik Abu Bakar Bin Yang Setiausaha Struktur Perbadanan adalah seperti di Lampiran A.
-
Apakah fungsi dan peranan perbadanan?
Menurut Perenggan 7 Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 telah menyatakan fungsi Perbadanan seperti berikut:
- Memberi nasihat kepada Majlis berkenaan dengan dasar, cara dan langkah yang perlu dilaksanakan dan diambil untuk menggalakkan pembangunan harta dan produk wakaf;
- Melaksanakan dan memberi kesan kepada apa-apa dasar, arahan atau perintah Majlis berkenaan dengan pembangunan harta dan produk wakaf;
- Membangun, menerima pakai dan melaksanakan dasar, cara dan langkah mengenai pembangunan harta dan produk wakaf;
- Bertindak sebagai agensi penyelaras di dalam pelaksanaan kemajuan pembangunan harta dan produk wakaf secara pesat;
- Merancang, membangun, melaksana dan menggalakkan pembangunan dan pelaksanaan harta dan prosuk wakaf;
- Mengurus dan menjalankan pengendalian dan penyelenggaraan harta wakaf termasuk kemudahan, infrastruktur, tempat dan alat di kawasan harta wakaf tersebut; dan
- Menggalakkan, menyelaraskan dan melaksanakan kajian dan pembangunan di dalam semua aspek harta dan produk
-
Sejauh manakah kejayaan perbadanan setakat ini?
Prestasi Kutipan Wakaf: (Mohon rujuk Lampiran B)
- Anggaran Nilaian Pasaran Semasa Hartanah Wakaf 2013:
Bil. Hartanah Unit Dinilai Anggaran Nilaian Semasa Hartanah 1. Premis 31 RM 10,231,744.00 2. Bazar 24 RM 1,054,158.00 3. Tanah 114 RM 61,337,440.00 Jumlah Keseluruhan 169 RM 72,623,342.00
- Projek Wakaf Khas:
- Sehingga kini Perbadanan sedang menguruskan 42 buah akaun Wakaf Khas yang aktif. (Mohon rujuk Lampiran C)
- Projek Wakaf Khas “Wakaf Selangor – Muamalat”
Kerjasama ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 29 September 2012 di Hotel Concorde Shah Alam. Usaha sama strategik bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad ini memberi fokus terhadap sektor kesihatan dan pendidikan. Jumlah kutipan wakaf projek ini sehingga bulan September 2013 telah mencapai RM2.9 juta. Aktiviti Wakaf Khas ini seperti di Lampiran D.
- Perkembangan Terkini Pembangunan Tanah Wakaf:
- Perbadanan telah bersetuju untuk mengadakan projek usaha sama dengan UDA Holdings Berhad dan Nada Sepakat Corporation (M) Sdn. Bhd. bagi membangunkan tanah