Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

72) PERBADANAN WAKAF SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan rumah telah beroleh kebenaran merancang bina atas tanah- tanah wakaf?

    Berikut ialah bilangan rumah beroleh kebenaran merancang bina atas tanah-tanah wakaf:

     

    BIL

     

    NO LOT

    TARIKH KELULUSAN KEBENARAN

    MERANCANG

    BILANGAN RUMAH (UNIT)  

    JENIS

     

    1.

     

    Lot 3681 GM 248

    Jalan Kebun Mukim Klang, Daerah Klang

     

    26 Mac 2015

     

    14

     

    Rumah berkembar 1 ½ tingkat

     

    14

    Rumah berkembar         2

    tingkat.

     

    2.

     

    Lot 3734 GM 249

    Jalan Kebun Mukim Klang, Daerah Klang

     

    26 Mac 2015

     

    28

    Rumah berkembar         2

    tingkat.

     

    3.

     

    Lot 4944 EMR 6695

    Jalan Teratai, Mukim Kapar, Daerah Klang

     

    2 Disember 2015

     

    13

     

    Kedai pejabat 2 tingkat

     

           

    33

     

    Bazar (Strata)

     

    4.

     

    Lot 3705 GM 247

    Jalan Kebun Mukim Klang, Derah Klang

     

    13 Januari 2016

     

    164

     

    Rumah pangsapuri

     

    4

     

    Kedai pejabat.

     

    5.

     

    Lot 2338 GM 3659,

    Jalan Limau, Meru, Daerah Klang

     

    29 April 2016

     

    17

     

    Rumah tingkat

     

    teres

     

    2

     

    20

     

    Rumah tingkat

     

    teres

     

    1

     

    6.

     

    Lot 2226 GM 78 Jalan Kasban, Meru, Daerah Klang,

     

    24 Ogos 2016

     

    36

     

    Rumah tingkat

     

    teres

     

    2

       

    JUMLAH

       

    343

     
  2. Apakah status terkini pembangunan tanah di Jalan Teratai Dan Jalan Limau Dun Meru?

    Berikut ialah status terkini pembangunan tanah di Jalan Teratai dan Jalan Limau DUN Meru:

    BIL. NO. LOT JENIS PEMBANGUNAN STATUS TERKINI
     

    1.

     

    Lot     4944,     EMR

    6695,               Jalan

    Teratai,         Mukim

    Kapar,                     Daerah Klang

     

    Projek pembangunan komersial                                 yang mengandungi 13 Unit

    Kedai Pejabat 2 Tingkat dan 33 Unit Bazar (Strata)

     

    –    Kelulusan                              Kebenaran Merancang telah diperolehi pada 2 Disember 2015;

     

    –    Telah                           memperolehi kelulusan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada industri pada 20 Julai 2016;

     

    –    Dalam proses bayaran premium tanah sebelum permohonan mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan

    dikemukakan.

     

     

    2.

     

    Lot 2338 GM 3659

    Jalan Limau, Meru, Daerah Klang

     

    Projek pembangunan rumah                       kediaman berjumlah 37 Unit

    yang mengandungi 17 Unit Rumah Teres 2 Tingkat dan 20 Unit Rumah Teres 1 Tingkat

     

    –    Kelulusan                              Kebenaran Merancang telah diperolehi pada 29 April 2016;

     

    –    Telah                           memperolehi kelulusan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada industri pada 22 Ogos  2016;

     

    –    Permohonan mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan telah dikemukakan pada 9 September 2016.

     

    3.

     

    Lot 2788, Jalan

    Limau, Batu 7, Meru, Daerah Klang,

     

    Projek pembangunan rumah                       kediaman berjumlah 37 Unit

    Rumah Teres 2 Tingkat.

     

    – Permohonan mendapatkan kelulusan                              Kebenaran

    Merancang                                          telah dikemukakan pada 16 Oktober 2016 dan kini masih                              menunggu keputusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

  3. Bagaimanakah status pemilikan kepada pembeli bagi rumah dan tanah tersebut?

    Projek pembangunan di atas tanah wakaf akan menggunakan konsep pajakan (leasehold) 99 tahun selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bil 4/2012 bertarikh 28 Ogos 2012 dimana tanah wakaf yang dibangunkan serta pemilikan tanah tersebut tetap kekal milik MAIS sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf;

    Manakala Penerima Pajakan hanya diberikan kebenaran atau manfaat serta kebebasan menghuni rumah yang dibekalkan namun Penerima Pajakan dibenarkan untuk mewariskan, menyerahkan atau memindahkan pajakan tersebut dengan persetujuan dan kelulusan pihak MAIS;

    Selain itu juga, satu perjanjian pajakan akan dimeterai antara pihak MAIS sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf dan Penerima Pajakan; dan

    Memorandum Pajakan Tanah (Borang 15A) akan dilaksanakan dan didaftar di Pejabat Tanah dimana nama Penerima pajakan akan didaftarkan di dalam geran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.