Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

61) PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah PPAS mempunyai pertimbangan untuk membuka Perpustakaan Awam Selangor baru dan bagaimanakah lokasi diputuskan?

    Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan, sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai cadangan untuk mendirikan perpustakaan di kawasan yang bersesuaian.

     

    Bagi permohonan perpustakaan baharu, syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

     

    • Sekiranya perpustakaan itu dibina di atas tanah, maka status tanah mestilah jelas dan boleh diwartakan atas nama PPAS.

     

    • Sekiranya perpustakan itu diwujudkan di dalam bangunan sedia ada, premis perpustakaan tersebut perlu diserahkan kepada pihak pengurusan PPAS.

     

    PPAS mengambil pendekatan untuk memberi keutamaan bagi pewujudan perpustakaan seperti berikut:-

     

    • Kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi.

     

    • Kawasan B40 yang memberi tumpuan kepada masyarakat dalam kumpulan isi rumah terendah.

     

    • Kawasan yang mempunyai kemudahan awam mudah akses untuk masyarakat seperti sekolah, Institut Pengajian Tinggi, Klinik, Hospital, Pusat Komuniti , Masjid dan Taman rekreasi.

     

    PPAS juga menggunapakai standard keluasan dan populasi penduduk bagi kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memohon perpustakaan.

    BIL JENIS PERPUSTAKAAN CADANGAN KELUASAN POPULASI PENDUDUK
    MPS KPS ORANG
    1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000 500, 001 ke atas
    2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000 100,001-500,000
    3. Perpustakaan Cawangan 2,137 23,000 50,001-100,000
    4. Perpustakaan Pekan/Komuniti A

    (Bangunan)

    1,394 15,000 10,001-50,000
    Perpustakaan Pekan/Komuniti A

    (Rumah Kedai)

    139-465 1,500 – 5,000 7,001-10,000
      Perpustakaan Pekan/Komuniti A

    (Pusat Beli Belah)

    112-139 1,204 -1,500 1,000-7,000
    5. Perpustakaan Desa A 139 1,500 3,001-7,000
    Perpustakaan Desa B 121 1,300 1,001-3,000
    Perpustakaan Desa C 93 1,000 300-1,000

    Sumber Rujukan:

    Garis Panduan Standard Ruang Lantai Perpustakaan Awam Tahun 2015 oleh Perpustakaan Negara Malaysia

  2. Apakah terdapat buku-buku yang telah diterbitkan dalam tempoh waktu tahun 2018 sehingga kini? Sekiranya ya, sila senaraikan.

    Kerajaan negeri Selangor telah menghasilkan buku terjemahan daripada tahun 2016-2021 sebanyak 76 buah judul telah dihasilkan. Bagi tahun 2016 sebanyak 39 buah judul bagi Fasa I. Fasa II projek tahun 2017 – 2018 sebanyak 14 buah judul, Fasa III projek bagi tahun 2019-2020 sebanyak 10 judul, manakala Fasa IV bagi tahun 2020-2021 sebanyak 13 judul. Berikut adalah senarai judul mengikut Fasa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.