Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

156) PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perpustakaan awam di daerah Sabak Bernam?

    erbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No. 29, 2011 (pindaan)

    Perkhidmatan perpustakaan di Negeri Selangor bermula pada tahun 1971. Sehingga kini terdapat 95 perpustakaan meliputi 1 perpustakaan ibu pejabat, 7 buah Perpustakaan Daerah, 5 Perpustakaan Cawangan, 9 Perpustakaan Pekan, 55 buah Perpustakaan Desa Negeri dan 16 Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia serta 2 unit Perpustakaan Bergerak. Pecahan perpustakaan mengikut daerah adalah sebagaimana berikut:

     

    Daerah

    Kategori Perpustakaan  

    Jumlah

    Pusat Daerah Cawangan Pekan Desa Bergerak
    Petaling 1 1 3 5
    Klang 1 2 4 7
    Kuala Langat 1 9 1 11
    Kuala Selangor 1 1 1 11 14
    Sabak Bernam 1 2 22 1 26
    Hulu Langat 1 1 3 7 12
    Hulu Selangor 1 1 7 9
    Gombak 1 1 2 4
    Sepang 1 6 7
     

    Jumlah

     

    1

     

    7

     

    5

     

    9

     

    71

     

    2

     

    95

    Bagi Daerah Sabak Bernam terdapat 26 perpustakaan yang terdiri daripada Perpustakaan Daerah (1), Perpustakaan Pekan (2), Perpustakaan Desa (22) dan Perpustakaan Bergerak (1) unit.

    Senarai perpustakaan adalah sebagaimana berikut:

    Kategori Bil. Perpustakaan Tahun Operasi
    PERPUSTAKAAN DAERAH 1. Perpustakaan Daerah Sabak Bernam

     

     

    1977

    PERPUSTAKAAN PEKAN 2. Perpustakaan Pekan Sekinchan

     

     

    1999

    3. Perpustakaan Pekan Dataran Sabak Bernam  2005
    PERPUSTAKAAN DESA DAERAH SABAK BERNAM 4. Perpustakaan Desa Bagan Terap, Sungai Panjang, 2006
    5. Perpustakaan Desa Bagan Nakhoda Omar  2007
    6. Perpustakaan. Desa Binjai Jaya, Sungai Panjang 1993
    7. Perpustakaan Desa Pasir Panjang 2006
    8. Perpustakaan Desa Batu 2, Sepintas 1998
    9. Perpustakaan Desa Sg. Air Tawar  1998
    10. Perpustakaan Desa Kg. Banting 1999
    11. Perpustakaan Desa Tebuk Berihun 1999
    12. Perpustakaan Desa Sg. Apong 1999
    13. Perpustakaan Desa Taman Muhibbah  2001
    14. Perpustakaan Desa Kg. Batu 4 Sepintas 2001
    15. Perpustakaan Desa Kg. Batu 38, Sabak Bernam 2001
    16. Perpustakaan Desa Kg. Simpang Lima 2001
    17. Perpustakaan Desa Kg. Tebuk Mufrad 2004
    18. Perpustakaan Desa Kg. Parit Baru, Sungai Air Tawar 2004
    19. Perpustakaan Desa Kg. Tebuk Pulai, 2005
    20. Perpustakaan Desa Kg. Parit 14, Sg Panjang 2005
    21. Perpustakaan Desa Kg. Parit 6, Sg. Besar 2005
    22. Perpustakaan Desa Kg Parit 11 Barat, Sg. Besar 2006
    23. Perpustakaan Desa Parit 7 Baroh, Sg. Leman, Sekinchan  2006
    24. Perpustakaan Desa Taman Setia Jaya  2006
    25. Perpustakaan Desa Parit 8, Jalan Sungai Panjang, 2007
    PERPUSTAKAAN BERGERAK 26. Perpustakaan Bergerak M9 Sungai Besar

     

    Berikut adalah statistik bagi perpustakaan-perpustakaan mengikut daerah perbandingan bagi tahun 2014 dan 2015. Statistik ini tidak termasuk Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

    Statistik Pengunjung

    DAERAH PENGUNJUNG

    PERPUSTAKAAN

    2014 2015
    SABAK BERNAM 131,189 132,228
    KUALA SELANGOR 96,573 87,963
    KUALA LANGAT 139,088 131,568
    KLANG 118,559 130,573
    HULU LANGAT 163,869 163,569
    GOMBAK 31,425 35,402
    HULU SELANGOR 45,120 43,275
    SEPANG 13,509 15,412
    PETALING 19,488 14,648
    JUMLAH 758,820 761,367

    Statistik Pinjaman

    DAERAH PINJAMAN
    2014 2015
    SABAK BERNAM 142,150 152,334
    KUALA SELANGOR 72,335 72157
    KUALA LANGAT 80,294 71407
    KLANG 82,485 105,656
    HULU LANGAT 91,853 108,062
    GOMBAK 34,398 41464
    HULU SELANGOR 40,317 48231
    SEPANG 15,847 20617
    PETALING 32,013 26064
    JUMLAH 591,692 649,174

    Statistik Keahlian

    DAERAH KEAHLIAN
    2014 2015
    SABAK BERNAM 4,240 4490
    KUALA SELANGOR 4,826 4519
    KUALA LANGAT 3,331 3172
    KLANG 7,287 8589
    HULU LANGAT 7,430 6531
    GOMBAK 2,493 1649
    HULU SELANGOR 2,220 2428
    SEPANG 510 781
    PETALING 1,073 1050
    JUMLAH 33,410 34,456

    Statistik Penggunaan IT

    DAERAH PENGGUNA IT
    2014 2015
    SABAK BERNAM 13,788 12,343
    KUALA SELANGOR 17,860 12,704
    KUALA LANGAT 9,193 7,919
    KLANG 11,925 16,118
    HULU LANGAT 35,493 45,089
    GOMBAK 3,488 5744
    HULU SELANGOR 9,341 9750
    SEPANG 1,232 572
    PETALING 2,040 2,828
    JUMLAH 104,360 113,057

     

  2. Berapakah jumlah peruntukkan membaik pulih perpustakaan awam di daerah Sabak Bernam?

    Perpustakaan memulakan konsep penjenamaan semula pada tahun 2009 yang salah satu di antara 3 elemen yang terlibat adalah Pembangunan Infrastruktur Perpustakaan (Selesa, Cantik & Kondusif). Melaluinya, perpustakaan berusaha memberikan penekanan kepada membaikpulih infrastruktur bangunan yang melibatkan bumbung, lantai, struktur bangunan, pendawaian dan tandas di samping itu perpustakaan juga akan dilengkapkan dengan perabot yang selesa, ruang solat, perkakasan IT, WiFi percuma dan dekorasi dalaman yang cantik dan ceria berkonsepkan atau ‘Rumah Keduaku’ atau ‘My Second Home’

    Berikut adalah peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri  bagi  kerja-kerja pemuliharaan dan pembaikan infrastruktur bagi perpustakaan di daerah Sabak Bernam:

    BIL Perpustakaan Kos Status
    1. Kerja-kerja pemasangan pendingin hawa 48 unit 2 kuasa kuda (inverter) Di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam RM238,800.00 Selesai
     

    2.

    Perpustakaan Desa Kg. Parit Baru RM169,568.00 Selesai
     

    3.

    Perpustakaan Desa Parit 8, Sabak Bernam RM61,344.00 Selesai
     

    4.

    Perpustakaan Desa Parit 14, Sabak Bernam RM131,771.00 Kemajuan Projek 80%
     

    5.

    Perpustakaan Pekan Sekinchan, Sabak Bernam RM400,000.00 Proses Sebut Harga & Tawaran Kepada Kontraktor
     

    6.

    Menaiktaraf dan Penjenamaan Semula (Rebranding) Perpustakaan Daerah Sabak Bernam RM1,375,000.00 Projek dikendalikan oleh JKR.

    Jangkaan buka sebutharga pada Oktober 2016

      JUMLAH RM2,376,483.00  

    Perpustakaan juga dari semasa ke semasa membuat kerja-kerja pembaikan kerosakan prasarana dan infrastruktur yang diterima dari semasa ke semasa.

    Namun begitu, sebagai sebuah organisasi berorientasikan perkhidmatan dan tidak menjana sebarang pendapatan dan keuntungan daripada perkhidmatan yang disediakan, Perpustakaan amat mengharapkan sokongan dan bantuan terutamanya dari aspek kewangan daripada pelbagai pihak iaitu:

    • Kerajaan Negeri
    • Yang Berhormat-Yang Berhormat
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Anak Syarikat Kerajaan Negeri
    • Pihak Swasta

    Diharapkan perpustakaan akan terus relevan kepada masyarakat dan bukan hanya menjadi institusi pembelajaran sepanjang hayat, pusat penyelidikan, menjadi agen bagi membantu kerajaan menurunkan kadar jenayah dan gejala sosial, serta menjadi penggiat kepada usaha penterjemahan bahan-bahan ilmiah.

Lampiran

Tiada Lampiran.