Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

67) PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR (PPAS)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan struktur, lembaga pengarah dan pengurusan kanan PPAS?

    Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dilantik melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No. 29, 2011 (pindaan) yang terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, 4 ahli atas nama jawatan dan sekurang-kurangnya 6 orang ahli lain atau lebih hendaklah dilantik oleh Raja dalam

     

    Berikut adalah Ahli Lembaga Pengarah PPAS bagi sesi Jun 2011 sehingga Mei 2014:

     

    1.        Pengerusi

    Y.B. Dr. Hajah Halimah bt. Ali

    2.        Timbalan Pengerusi

    YBhg. Puan Dr. Uzaimah bt. Ibrahim

    3.        Ahli

     

    Y.B. Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atau wakil)

     

    Y.B. Dato’ Noordin bin Sulaiman

    (Pegawai Kewangan Negeri Selangor atau wakil)

     

    Tuan Haji Mahmud bin Karim

    (Pegawai Pelajaran Negeri Selangor atau wakil)

     

    Encik Kamaruddin bin Mat Nata

    (Wakil Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia)

     

    Encik Kamal bin Sujak

    (Wakil Persatuan Pustakawan Malaysia)

     

    Y.D.H Dato’ Hj. Emran bin Hj. Kadir

     

    Y.B. Puan Lee Kee Hiong

     

    YBhg. Tuan Manoharan a/l Malayalam YBhg. Tuan Lee Kim Sin

    Encik Mohd Jamali bin Salamon Encik Rahimi bin Md. Saad

    Puan Faridah bt. Talib

     

    Pengurusan kanan perpustakaan adalah terdiri daripada Pengarah (S52), Timbalan Pengarah (S48), tiga (3) Pustakawan Kanan (S44), lima (5) Pustakawan (S41), satu (1) Pegawai Teknologi Maklumat (FT 41), satu (1) Pegawai Tadbir (N41) dan satu (1) Akauntan (W41) Kontrak.

     

    Berikut adalah senarai nama pengurusan kanan perpustakaan:

     

    1. Pn. Mastura Haji Muhamad (S52) Pengarah
    2. Pn. Suzliana Haji Abd. Hamid (S48)

    Timbalan Pengarah

    3. Cik Norhafidah Ehawan (S44)

    Ketua Bahagian Perkhidmatan Rangkaian Zon 2

    4. Pn. Nihayah Ebni Hajar (S44)

    Ketua Bahagian Perkhidmatan RATU

    5. En. Sarwani Bin Abd. Jalal (S44)

    Ketua Bahagian Pentadbiran & Pengurusan

    6. Pn. Sabariah Sayuti (S41)

    Ketua Bahagian Pendokumentasian

     

    7. En. Mohd Fadzli Mohd Fauzi (S41) Ketua Bahagian Korporat
    8. En. Norkhairul Nizam M. Sadon (S41)

    Ketua Bahagian Rujukan dan Penyelidikan

    9. En. Norazhan Sahlan (S41)

    Ketua Bahagian Perancangan &Pembangunan

    10. En. Zahir Yahaya (S41)

    Ketua Bahagian Perkhidmatan Rangkaian Zon 1

    11. En. Zainudin Tasiman (N41)

    Pegawai Tadbir

    12. Pn. Haiziah Abu (FT41)

    Ketua Bahagian Teknologi Maklumat

    13. Pn. Martini Abd. Wahab (W41)

    Akauntan

  2. Berapakah peruntukan untuk PPAS dari 2008 hingga 2013?

    1. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menerima peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi keperluan perbelanjaan

     

    Berikut adalah perbandingan terimaan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dari2008 sehingga 2013:

     

    Tahun Peruntukan Negeri Peruntukan Persekutuan Jumlah
     

    2008

     

    RM 7,000,000.00

     

    RM 5,498,815.00

     

    RM 12,498,815.00

     

    2009

     

    RM 8,000,000.00

     

    RM 4,687,740.00

     

    RM 12,687,740.00

     

    2010

     

    RM 9,465,436.68

     

    RM 2,417,000.00

     

    RM 11,882,436.68

     

    2011

     

    RM 9,701,536.00

     

    RM 2,658,700.00

     

    RM 12,360,236.00

     

    2012

     

    RM 9,499,075.00

     

    RM 7,462,073.00

     

    RM 16,961,148.00

     

    2013

     

    RM 9,200,000.00

     

    RM 7,333,492.00

     

    RM 16,533,492.00

     

    Di antara program-program utama yang telah dilaksanakan dan mendapat sambutan dari rakyat Selangor adalah:

  3. Sejauh manakah keberkesanan program dan kemudahan di PPAS untuk rakyat Selangor memandangkan kemudahan internat yang tersedia dan lebih mudah diakses oleh rakyat Selangor?

    1. Mempertingkatkan keberkesanan program, kemudahan, pembudayaan masyarakat membaca dan bermaklumat merupakan objektif utama Pelan Strategik PPAS.

     

    Di antara strategi utama yang diatur adalah:

     

    1. Mempertingkatkan program-program     galakan    membaca     dan pembudayaan
    2. Meneruskan kempen mempertingkatkan keahlian baru
    • Pendidikan pengguna melalui program galak guna perpustakaan
    1. Penganjuran program dan pertandingan yang bermanfaat kepada golongan remaja dan kanak-kanak
    2. Mempromosikan perkhidmatan   nilai   tambah   di    perpustakaan- perpustakaan.
    3. Pelaksanaan program oleh Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri dan Jawatankuasa Gerakan Membaca Daerah di seluruh

     

    Di antara program-program utama yang telah dilaksanakan dan mendapat sambutan dari rakyat Selangor adalah:

     

    1.              Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor

     

    Pengisian Tahun Pencapaian
     

    1. ‘The     Largest     Outdoor     Reading

     

    2010

     

    15,271 peserta

    Event in Malaysia’    
    2. Berhenti Sebentar, Jom Baca 2011 2,125 penyertaan
    (15 minutes reading break)    
    3. Buku Gerakan Menulis Perdana : 2012 500 penulis
    “Selangor Negeri Idaman Sejahtera    
    dan Berkebajikan”    
    4. Baca & Amalkan 2012 7,275 peserta seluruh
    (15 minutes reading break)   daerah
    5. Baca, Amal dan Sumbangkan 2013 741 buku sumbangan
        diterima
    6. Gerakan    Menulis    Perdana   Ke   2: 2013 Sedang berlangsung
    “Bagaimana Mengehsankan Insan    
    di Selangor”    

     

    1. Pesta Buku Negeri Selangor

     

    Pesta buku ini telah mencapai tahap dan diiktiraf sebagai Pesta Buku yang ke 2 terbesar di Malaysia selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Pencapaian dan keberkesanan Pesta Buku ini bukan hanya kepada masyarakat Selangor tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

     

    Keberkesanan yang di ukur melalui statistik berikut:

     

    Perkara Tahun 2010 Tahun 2011 Tahun 2012 Tahun 2013
    Tarikh 25 Jun –

    5 Julai

    24 Jun –

    3 Julai

    29 Jun-

    9 Julai

    24 Mei –

    3 Jun

    Tempat Kompleks PKNS Pusat Konvensyen Shah Alam Pusat Konvensyen Shah Alam Pusat Konvensyen Shah Alam
    Pengunjung 423,315 353,530 348,235 312,290
    Keahlian Baru 904 1,661 3,161 3,225

     

    3.              Program dan Aktiviti sehingga Oktober 2013

     

    Perpustakaan secara berterusan melaksanakan pelbagai program yang member manfaat kepada semua golongan masyarakat dan telah mendapat sambutan menggalakkan. Di antaranya seperti berikut:

     

    Bil                                       Program Keberkesanan/ Pencapaian
    1.     Program Bicara Karya

     

    Lima (5) siri program bicara buku-buku terbitan tempatan dengan tokoh pembicara seperti Sasterawan Negara, Doktor dan Profesor.

    625 peserta
    2.     Pertandingan berzanji dan marhaban 350 peserta
    3.     Aktiviti Dalaman di Perpustakaan Raja Tun 148 aktiviti
    Uda Shah Alam  
    -Melukis, mewarna, bercerita 6,660 peserta
    -Permainan interaktif minda  
    -Buku skrap  
    -Origami  

     

     

    4.

     

    Aktiviti   dan   Program    Galakan   Membaca   di perkhidmatan perpustakaan di seluruh Selangor

     

    1716 aktiviti

     

    128,700 peserta

    5. Program Hari Buku dan Kanak-kanak Sedunia dijalankan serentak di 9 daerah 2,250 peserta
    7. Seminar Sejarah Lisan Negeri Selangor 175 peserta
    8. Seminar Kompas Penetapan Kalender Hijrah. 215 peserta

     

    4.              Keberkesanan Kemudahan di Perpustakaan

     

    Pelbagai kemudahan disediakan kepada masyarakat dengan matlamat utama adalah:

     

    1. Bercirikan konsep penjenamaan semula perpustakaan
    2. Perpustakaan sebagai pusat penyelidikan dan pembelajaran sepanjang hayat
    • Menyediakan pelbagai kemudahan seisi keluarga
    1. Menarik masyarakat terutamanya golongan remaja yang tidak minat membaca untuk ‘lepak’ di

     

    Berikut adalah statistik sambutan masyarakat terhadap kemudahan perpustakaan di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam:

     

    Perkara Tahun 2010 Tahun 2011 Tahun 2012 Tahun 2013 (hingga 30/10/2013)
    Pengunjung 146,924 176,505 619,452 592,279
    Lawatan 21 130 563 322
    Pinjaman Buku 71,454 35,776 90,999 81,032
    Keahlian Baru 10,179 11,195 16,970 10,356
    Pengguna Multimedia 18,501 14,144 31,866 28,066
    XD Teater 8,563 20,078 12,393
    3 D Teater 116 4,189 1,909
    Gimnasium 1,074 888

     

    PPAS juga telah mengambil inisiatif bagi menaikkan jumlah pinjaman buku dari 3 naskhah kepada 5 naskhah dan audio visual dari 2 unit kepada 5 unit.

     

    5.              Perkhidmatan Multimedia dan Internet

     

    Seiring dengan perkembangan IT dan multimedia, perpustakaan juga menyediakan prasarana yang sama dan mensasarkan lebih ramai masyarakat mengunjungi perpustakaan dan menjadikan siber kafe sebagai persaingan.

     

    Berikut adalah kemudahan IT dan multimedia di perpustakaan seluruh Selangor:

     

     

    Bil

     

    Perkhidmatan

     

    Lokasi

     

    Jumlah Komputer

     

    Catatan

     

    1.

     

    Komputer, internet dan multimedia

     

    Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

     

    92 unit

     

    Wifi Percuma (unifi berkelajuan 20 mbps)

     

    2.

     

    Perkhidmatan multimedia

     

    Di 10

    perkhidmatan perpustakaan. (Pandan Jaya, Kajang, Sg.

    Udang, Ampang Water Front, Sri Perantau, Bukit Bangkong, Sijangkang, Kuala Selangor, Sri Manja dan Hulu Langat.

     

    42 unit

     

    Wifi percuma

    ( streamyx, unifi, P1 wimax berkelajuan 1.5 –

    5 mbps)

     

    3.

     

    Pusat Siber Rakyat

     

    Di 18                                198 unit             Wifi percuma perkhidmatan                                          (streamyx, unifi, perpustakaan (11 unit setiap           P1 wimax

    ( Klang, Banting,     Perpustakaan)    berkelajuan 1.5 – Kg. Melayu                                                     5 mbps)

    Ampang, Semenyih, Bestari Jaya, Sabak Bernam, Gombak, Hulu Selangor, Dataran Sabak, Hulu Bernam, Rawang, Sg.

    Pelek, Pelabuhan Klang, Hulu

     

    Langat, Kuala Selangor, Sg. Udang, Sekinchan dan Kalumpang)
     

    4.

     

    Note Book

     

    Akan

     

    924 unit

     

    Wifi percuma,

      (sumbangan ditempatkan   (streamyx, unifi,
      Suruhanjaya keseluruh   P1 wimax
      Komunikasi Perpustakaan   berkelajuan 1.5 –
      dan Multimedia Pekan dan Desa   5 mbps)
      Malaysia) di Selangor    

     

    CABARAN

     

    Peranan perpustakaan adalah amat penting dalam melaksanakan program/aktiviti galakan membaca secara berterusan.

     

    Sejajar dengan itu, perpustakaan akan meneruskan jalinan kerjasama dengan pelbagai institusi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan serta berganding bahu melaksanakan program/aktiviti galakan membaca dengan lebih kreatif. Program promosi dan publisiti akan ditambah, kerana peranan media massa khususnya media elektronik dan media cetak penting dalam membantu meningkatkan keberkesanan program dan aktiviti yang dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.