Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

241) PERBADANAN KEUSAHAWANAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah struktur dan kaedah operasi perbadanan ini?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan di bawah Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri bersama-sama Y.B. EXCO Pembangunan Usahawan dalam tindakan bagi merangka hala tuju, struktur dan operasi Perbadanan Keusahawanan Negeri Selangor.

  2. Apakah hala tuju dan sasaran perbadanan ini?

    Sebagai makluman, unit Usahawan di bawah Seksyen Sektoral ditugaskan untuk mengumpul maklumat dari agensi yang berkaitan yang sebahagian kecil terdapat di agensi-agensi lain seperti Pejabat Pertanian, MARDI, KDEB dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.