Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

64) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR(PKPS)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pelaburan PKPS dalam sektor pertanian dalam tahun 2005-2008 dan berapakah pendapatannya?

    Jumlah pelaburan dan pendapatan PKPS dalam sektor pertanian adalah

    seperti berikut :-

     

    BUTIRAN

     

    2005

     

    2006

     

    2007

     

    2008

     

     

    PELABURAN

     

     

    9,859,670

     

     

    12,749,381

     

     

    PENDAPATAN

     

    7,212,743

     

    8,306,174

     

    17,063,979

     

    17,212,955

     

  2. Apakah projek-projek PKPS yang masih menanggung kerugian sehingga Disember 2008?

    Projek-projek PKPS yang menanggung kerugian sehingga 2008.

    ANAK SYARIKAT

     

    KERUGIAN
    SEMASA TERKUMPUL
    POLENS (M) SDN. BHD.

    (Memproses makanan kesihatan berasaskan produk madu dan herba)

    (1,438,609)

     

     

     

    (2,921,961)

     

     

     

    ANAK SYARIKAT

     

    KERUGIAN
    SEMASA TERKUMPUL
    MAIS FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.

    (Mengeluarkan dan memasarkan makanan halal)

     

    (832,196)   (1,764,674)
    PKPS LANDSCAPING SERVICES SDN. BHD.

    (Melaksanakan projek nurseri dan kontrak perlanskapan)

     

    (60,289)   (1,115,346)

     

     

     

    SYARIKAT DI BAWAH ANAK SYARIKAT PKPS AGRO INDUSTRIES SDN. BHD. KERUGIAN
    SEMASA TERKUMPUL
    PREMIUM AGRO PRODUCT SDN. BHD.

    (Pengeluaran baja organik)

     

    (246,741) (1,836,390)

     

     

     

    SYARIKAT SEKUTU PKPS KERUGIAN
    SEMASA TERKUMPUL
    PKPS FARM MART SDN. BHD.

    (Penternakan ikan air tawar khususnya talapia merah)

     

    (42,434) (1,521.823)

     

  3. Berapakah lokasi projek PKPS yang melibatkan pembalakan si Hutan Simpanan dan berapakah jumlah hasil pembalakan?

    Terdapat 4 lokasi projek PKPS yang melibatkan pembalakan di Hutan

    Simpan iaitu seperti berikut :-

     

    PROJEK KELUASAN (HEKTAR)
     

    Hutan Simpan Bukit Tarek

    (Program Penghutanan Semula)

     

    Hutan Simpan Rantau Panjang

    (Program Penghutanan Semula)

     

    Hutan Simpan Bukit Belata

    (License Agreement)

     

    Hutan Simpan Jeloh, Hulu Langat

    (License Agreement)

     

     

    5,000

     

     

    5,000

     

     

    703

     

     

    200

     

    Sehingga Disember 2008, jumlah hasil yang telah diperolehi adalah sebanyak RM 378,791 dan pada tahun 2009, sejumlah RM 358,415 dijangka akan diperolehi.

    Di dalam  Program Penghutanan Semula hasil didapati oleh PKPS ialah dalam bentuk :-

    1. Pajakan Tanah.
    2. Bayaran 4% dari hasil keluaran balak sediada.
    3. Bayaran 4% dari hasil keluaran balak yang ditanam oleh pemajak setelah ditebang di masa akan datang.
    4. Bayaran 4% dari lain-lain hasil yang dikeluarkan dari tanah yang dipajak (eg. Tanaman selingan).

     

    Hasil yang lebih tinggi diperolehi oleh pihak Kerajaan Negeri melalui kutipan yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri dalam bentuk :

    1. Premium Pembalakan –           RM 400 – 2000 /ha.
    2. Permit penggunaan tanah –           RM 250/ha/tahun.
    3. Lain-lain bayaran seperti pendaftaran jentera (RM 100/buah) dan bayaran ukur serta menanda sempadan.

     

    LAMPIRAN

     

    TAJUK :         PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Soalan b)

    1. Syarikat yang akan ditutup operasi ialah :-
    2. Mais Food Industries Sdn. Bhd.
    3. PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd.
    4. Syarikat yang akan dijual kepada pengurusan sediada (MBO) :-
    5. i) Premium Bioherbs Sdn. Bhd.
    6. PKPS Farm Mart Sdn. Bhd. akan dijual kepada rakan usahasama.

Lampiran

Tiada Lampiran.