Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

201) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan kejayaan yang telah dicapai sepanjang lima tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat?

    Sepanjang lima tahun pentadbiran Kerajaan Negeri, PKPS telah berjaya mencapai perkara-perkara berikut:

     

    Mencatatkan keuntungan operasi pada setiap tahun mulai tahun 2010. Sebelum pada ini, PKPS tidak pernah mencatatkan sebarang keuntungan daripada operasi yang

     

    • Meningkatkan kepakaran dalaman dalam bidang perladangan kelapa sawit. PKPS tidak perlu lagi bergantung kepada kepakaran luar untuk mengusahakan tanah-tanah yang dimiliki dengan projek kelapa

     

    • Memulihkan tanah-tanah terbiar yang ada di PKPS dengan penanaman kelapa sawit. Tanah-tanah terbiar yang terlibat adalah seperti di ladang Jelutong Jati, ladang Sungai Panjang, ladang Tanjung 12, ladang Ulu Tinggi dan ladang Ulu

     

    • Menyemak semua perjanjian–perjanjian yang ada di antara PKPS dengan pihak luar. Tindakan telah diambil untuk memperbetulkan mana-mana perjanjian yang didapati tidak berlaku adil kepada PKPS, iaitu melalui tindakan undang-undang ataupun melalui runding

     

    • Menyelesaikan beberapa kes yang melibatkan tuntutan ganti rugi, pemilikan kosong tanah daripada pemajak mahupun penyewa. Berikut adalah antara kes-kes tanah milik PKPS yang berjaya diselesaikan oleh PKPS:

     

    Bil Perkara Status
    1. Tuntutan ganti rugi oleh Rekah Development Sdn. Bhd. (RDSB) ke atas penamatan perjanjian pajakan tanah oleh PKPS di PT Tuntutan RDSB telah ditolak dan PKPS berjaya mendapatkan pemilikan kosong tanah tersebut.

     

      235, HS(D) 4571, Mukim Jugra, Daerah Kuala Langat.  
    2. Tuntutan pemilikan kosong di Dengkil,    Daerah     Sepang PKPS vs Basco Sdn. Bhd. PKPS telah menang kes tersebut dan mendapatkan pemilikan kosong tanah.
    3. Tuntutan pemilikan kosong bangunan rumah sembelih lembu dan tanah di Ulu Tinggi, Daerah Kuala Selangor

    PKPS vs Rumput Berkat Sdn. Bhd.

    PKPS telah menang kes tersebut dan mendapatkan pemilikan kosong bangunan rumah sembelih tersebut.
    4. Tuntutan pemilikan kosong di Hulu Langat

    PKPS vs Miswan dan Mustaffa

    PKPS telah menang kes tersebut dan mendapatkan pemilikan kosong tanah tersebut
    5. Tuntutan pemilikan kosong tanah dan bangunan di bangunan Bazaar Rakyat PKPS

    PKPS vs WDS Managemat Services Sdn. Bhd.

    PKPS telah menang kes tersebut dan mendapatkan pemilikan kosong tanah dan bangunan Bazaar Rakyat PKPS

     

  2. Apakah tindakan Kerajaan terhadap pemajak-pemajak tanah milik PKPS - pajakan tanah dengan harga yang tidak sepatutnya yang terlalu rendah?

    PKPS telah pun mengambil tindakan ke atas pemajak tanah yang memajak tanah PKPS pada kadar pajakan yang terlalu rendah. Antaranya, tanah PKPS yang terlibat ialah tanah di Hulu Langat dan di Ulu Bernam. PKPS telah pun menaikkan kadar pajakan mengikut kadar sewaan semasa dan kadar baru ini telah dipersetujui oleh pihak

     

    Cara-cara/pendekatan   yang   diambil   oleh   PKPS   dalam    menyelesaikan masalah kadar pajakan yang rendah adalah seperti berikut:

     

    1. PKPS menyemak syarat-syarat perjanjian pajakan bagi mengesahkan sama ada perjanjian tersebut mempunyai klausa untuk membolehkan PKPS mengkaji semula kadar

     

    1. Sekiranya terdapat klausa tersebut, PKPS akan berbincang dengan pihak pemajak untuk menaikkan kadar pajakan mengikut nilai sewaan semasa.

     

    • Kebiasaannya pihak pemajak tidak bersetuju dengan kenaikan kadar pajakan tersebut. Sekiranya pihak pemajak tidak bersetuju maka PKPS akan mengeluarkan notis penamatan perjanjian kepada pihak pemajak dan mengosongkan tanah dalam tempoh tiga puluh (30) hari tertakluk kepada tempoh notis yang dinyatakan dalam

     

    Sekiranya pemajak tidak mengosongkan tanah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, PKPS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemajak untuk mendapatkan pemilikan kosong

     

    PKPS akan mengusahakan sendiri tanah-tanah yang diambil balik dengan projek pertanian mengikut kesesuaian tanah dan kepakaran PKPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.