Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

358) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah nama syarikat atau individu, tempoh tahun sewaan atau pajakan dan data terperinci penggunaan tanah PKPS di Hulu Selangor yang terkini?

    1. PKPS mempunyai 11 penyewa / pemajak yang telah mengusahakan projek pertanian dan penternakan bermula pada 2012 sehingga 2023. Butiran terperinci mengenai penyewaan dan pajakan tanah milik PKPS adalah seperti berikut :-
    BIL NAMA PENYEWA/ PEMAJAK LOKASI SEWAAN / PAJAKAN KELUASAN TANAH

    (EKAR)

    TAHUN MULA SEWAAN  

    TEMPOH SEWAAN

    KEGUNAAN SEWAAN/ PAJAKAN
    1. Ternakan Ikan Fai Hoe Mukim Batang Kali 9.45 2015  

    10 Tahun

    Ternakan ikan air tawar
    2. Gold Pond Aquaculture Mukim Serendah 33.17 2015  15 Tahun Ternakan ikan air tawar
    3. Green World Genetics Sdn Bhd Mukim Sg Tinggi 81.98 2017  

    3 Tahun

    Tanaman Jagung
    4. Sifu Tani Sdn Bhd Mukim Sg Tinggi 120 2019  

     

    21 Tahun

    Tanaman Lemon Myrtle dan Kilang Pemprosesan
    5. Dwi Energy Sdn Bhd Mukim Ulu Bernam 24.3 2021  

    3 Tahun

    Ternakan kambing dan biri-biri
    6. Konsortium Kualiti Ikan Air Tawar Mukim Sg Tinggi / Serendah 50.32 2021  

     

    3 Tahun

    Ternakan ikan air tawar
    7. Gold Pond Aquaculture Mukim Serendah 121.11 2021  

    3 Tahun

    Ternakan ikan air tawar
    8. Huan Yi Sdn Bhd Mukim Serendah 13.34 2023 3 Tahun Ternakan ikan air tawar
    9. WB Madani Sdn Bhd Mukim Ulu Yam 98.10 2023  

    3 Tahun

    Tanaman buah-buahan
    10. Mavamatch Plantations Sdn Bhd Mukim Batang Kali 184.09 2023  

    3 Tahun

    Projek Pembangunan Resort dan Pertanian
    11. Kumpulan Ladang Pertanian Jaya Mukim Kerling 2,115  

    2013

     

     

    60 Tahun

    Kelapa Sawit PKPS
        Jumlah 2,850.86

    (1,153.69 hektar)

         
  2. Berapakah jumlah hasil pendapatan yang diperolehi oleh PKPS untuk projek atau pemajuan atau sewaan tanah PKPS di Hulu Selangor?

    Hasil pendapatan yang diperolehi oleh PKPS daripada penyewaan tanah di Daerah Hulu Selangor bagi tempoh 3 tahun (2021 – 2023) adalah sebanyak RM1,027,406.70.

     

    2021 2022 2023  

    Jumlah

    RM 256,267.12 RM 367,556.04 RM 403,583.54  

    RM1,027,406.70

  3. Apakah perancangan penggunaan tanah PKPS yang tidak diusahakan di Hulu Selangor untuk jangka masa 3 tahun sehingga 2027?

    Sehingga kini, PKPS mempunyai tanah-tanah yang tidak diusahakan sebanyak 380 ekar kerana terdapat beberapa halangan seperti ketiadaan jalan keluar/masuk, keadaan topografi tanah yang berbukit dan penerokaan orang asli yang memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan. Walau bagaimanapun, PKPS mempunyai perancangan untuk menyelesaikan isu berbangkit dalam tempoh dua (2) tahun yang akan datang. Beberapa tindakan telah diambil oleh PKPS untuk berbincang dengan Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan JAKOA. Perbincangan bersama Jabatan Teknikal tersebut telah memberikan keputusan yang positif untuk diteruskan. PKPS menjangkakan isu berbangkit mengenai tanah-tanah tersebut dapat diselesaikan pada tahun 2027.

     

     

    JAWAPAN TAMBAHAN :

    Senarai tanah-tanah milik PKPS yang tidak diusahakan di Daerah Hulu Selangor :

    BIL LOKASI TANAH KELUASAN TANAH

    (EKAR)

     

    CABARAN

    1. Mukim Sg Pedang 72 Ketiadaan jalan keluar/masuk

    ke tapak & kawasan bukit

    2. Mukim Ulu Yam / Sg Chik 108 Ketiadaan jalan keluar/masuk

    ke tapak & kawasan bukit

    3. Mukim Batang Kali (Bukit Tamu) 200   Ketiadaan jalan keluar/masuk

    ke tapak & kawasan bukit

    4. Mukim Batang Kali (Kg Songkok) 150 Penerokaan Org Asli
      Jumlah 380  

Lampiran

Tiada Lampiran.