Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
342) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Tanah yang dibawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengikut daerah di Selangor?
Jumlah tanah yang diuruskan di bawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) adalah seluas 9,488.23 hektar. Perincian keluasan mengikut daerah di Selangor adalah seperti berikut :-
BIL DAERAH KELUASAN (HEKTAR)
1 PETALING 23.24
2 KUALA LANGAT 461.28
3 HULU LANGAT 175.85
4 HULU SELANGOR 3,104.57
5 KUALA SELANGOR 1,061.13
6 KLANG 0.924
7 SABAK BERNAM 4,586.37
8 GOMBAK 23.54
9 SEPANG 51.33
JUMLAH 9,488.23
-
Berapakah jumlah Tanah PKPS yang tidak diusahakan mengikut Daerah dan Kawasan ADN di Selangor?
Daripada keluasa tanah yang diuruskan oleh PKPS, hanya sebahagian kecil yang tidak diusahakan oleh PKPS kerana ketidaksesuaian sebagai kawasan pertanian, keadaan topografi tanah yang berbukit dan pendudukan oleh orang asli/pihak luar. Berikut adalah keluasa tanah yang tidak diusahakan oleh PKPS seperti di bawah :-
BIL DAERAH KAWASAN DUN
KELUASAN (HEKTAR)
1 HULU LANGAT DUSUN TUA
SEMENYIH
20
8
2 HULU SELANGOR BATANG KALI
223.651
JUMLAH
251.65
-
Berapakah jumlah Tanah PKPS yang dimajukan dalam Sektor Pertanian mengikut Daerah di Selangor?
Keluasan tanah yang diusahakan oleh PKPS dalam Sektor Pertanian Selangor adalah 8,849.77 hektar. Perincian keluasan adalah seperti jadual di bawah :
BIL DAERAH KELUASAN (HEKTAR)
1 KUALA LANGAT 267.28
2 HULU LANGAT 147.85
3 HULU SELANGOR 2,880.92
4 KUALA SELANGOR 899.20
5 SABAK BERNAM 4,586.37
6 GOMBAK 23.54
7 SEPANG 44.61
JUMLAH
8,849.77