Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
42) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan prestasi dan perkembangan terkini kesemua ladang yang dimiliki oleh PKPS di seluruh Negara dengan terperinci.
PKPS mempunyai 6 buah ladang seperti berikut :-
NAMA LADANG
LOKASI
KELUASAN
1. Ladang Sungai Panjang
2. Ladang Jelutong Jati
3. Ladang Editas
4. Ladang Irat
5. Ladang Jaguharmoni
6. Ladang Kerling
(Dalam Peringkat Pembangunan)
Sabak Bernam, Selangor
Sabak Bernam, Selangor
Gua Musang, Kelantan
Lahad Datu, Sabah
Lahad Datu, Sabah
Ulu Selangor
1052.21 ha
(345 ha belum ditanam)
404.69 ha
1133.14 ha
1005.26 ha
607.04 ha
484.01 ha
Prestasi ladang pada Tahun 2008 adalah seperti berikut :-
LADANG
PENDAPATAN (RM)
PERBELANJAAN (RM)
UNTUNG/RUGI (RM) 1. Ladang Sungai Panjang
2,132,583
1,068,603
1,063,980
2. Ladang Jelutong Jati 2,910,771 971,932 1,938,839 3. Ladang Editas 3,016,826 1,435,767 1,581,059 4. Ladang Irat 4,915,943 2,248,024 2,667,919 5. Ladang Jaguharmoni 4,119,725 1,345,232 2,774,493 6. Ladang Kerling (Dalam Peringkat Pembangunan)
117,107 368,910 (251,803) JUMLAH 17,212,955
7,438,468
9,774,487
Usaha-usaha terkini dilaksanakan :-
- Menubuhkan Bahagian Perladangan di peringkat Ibu Pejabat PKPS khusus bagi mengawal selia pengurusan ladang-ladang milik Perbadanan.
- Mengganti pengurus dan kakitangan ladang yang kurang kompeten.
- Memperkenalkan Sistem Pengurusan Ladang baru mengikut “ standard” pengurusan ladang-ladang swasta berjaya seperti Sime Darby dan United Plantations Bhd.
- Menambah bilangan buruh, rumah pekerja serta menaik taraf kemudahan di dalam ladang.
- Meningkatkan kerja-kerja penyelenggaraan termasuk sistem pembajaan, pusingan menuai hasil dan meracun, membaiki jalan ladang dan sistem perparitan serta kerja lain yang berkaitan.
- Melantik Agen Pelawat Ladang.
-
Apakah punca sebenar yang menyebabkan Projek Serendah International Orchid Park mengalami kerugian lebih dari 15 juta dan gagal mencapai sasaran?
Kerugian Projek Serendah International Orchid Park berdasarkan akaun yang telah diaudit sehingga Jun 2007 ialah sebanyak RM 9.62 juta. Punca kegagalan projek ialah :-
- Pengurusan syarikat yang melaksanakan projek ini iaitu syarikat Baytown Sdn. Bhd. tidak mengikut tatacara urus tadbir korporat yang berkesan.
- Kurang kerjasama daripada rakan kongsi terutama dari aspek laporan dan akaun.
- Kelemahan kawal seliaan di Ibu Pejabat PKPS.
- Pegawai yang dihantar mewakili PKPS di dalam syarikat tidak memainkan peranan sepenuhnya di dalam pengurusan syarikat.
-
Sila nyatakan berapakah jumlah kerugian yang ditanggung oleh PKPS dalam pelaburan membeli dan menjual Ladang Kelapa Sawit Kalimantan, Indonesia?
Kerugian yang ditanggung oleh PKPS di dalam pelaburan membeli dan menjual Ladang Kelapa Sawit di Kalimantan, Indonesia ialah RM 8.05 juta.
Di antara faktor-faktor utama keputusan untuk menjual Ladang Kelapa Sawit di Kalimantan, Indonesia pada waktu itu ialah :-
- Masalah gangguan dan sekatan masyarakat setempat terhadap perlaksanaan pembangunan projek.
- Isu-isu kerenah birokrasi dari agensi-agensi berkaitan yang rumit dan menyusahkan sama ada di peringkat pusat, provinsi dan daerah.
- Polisi yang sentiasa bertukar dari masa ke semasa.
- Rakan usaha sama yang kurang membantu.