Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
210) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah prestasi PKPS di bawah pengurusan baru?
PKPS telah mencatatkan keuntungan operasi tahun ini sehingga Februari 2010 sebanyak RM0.194 juta. Walaubagaimanapun, setelah mengambil kira bayaran faedah atas pinjaman terdahulu, kerugian PKPS adalah sebanyak RM0.293 juta. Secara keseluruhan Kumpulan PKPS telah mencatatkan keuntungan tahun ini sehingga Februari 2010 sebanyak RM0.140 juta seperti berikut:
NAMA SYARIKAT EKUITI PKPS (%) KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) TERKUMPUL BAGI TAHUN 2010 (RM’JUTA) PKPS 0.194 SOPIC S/B 100% (0.232) POLENS (M) S/B 100% 0.031 PKPS Agro Industries S/B 100% 0.411 PKPS Farm Mart S/B 40% (ambilalih 100% pada 10/2009) 0.198 PKPS Bukit Tinggi Fishfarm S/B 86% 0.025 Jumlah 0.627 (-) Bayaran faedah bank atas pinjaman terdahulu 0.487 Jumlah Keuntungan/(Kerugian) 0.140 Langkah-langkah yang telah diambil bagi meningkatkan prestasi PKPS adalah seperti berikut:
TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN :
BIL PERKARA TINDAKAN 1. Tenaga Kerja · Kakitangan diberi multi tasking dan bukan lagi kerja hakiki sahaja. · Pegawai-pegawai berlebihan di WISMA dipindahkan ke tapak projek untuk menguruskan projek secara langsung (12 orang).
· Tindakan disiplin (buang kerja) 4 orang.
2. Ruang Pejabat · Ibu pejabat di WISMA dikurangkan daripada 4 tingkat kepada 2 tingkat sahaja. · Ruang-ruang kosong pejabat yang ada disewakan kepada pihak luar dan menjanakan pendapatan RM1,810,524/tahun.
3. Pejabat Bahagian Perladangan Pejabat dipindahkan dari WISMA ke ladang. 4. Penjimatan Penyelenggaraan WISMA Penjimatan sebenar yang telah dicapai dalam tahun 2009 adalah seperti berikut: PERKARA RM/TAHUN Sewaan ruang WISMA – Tingkat 6, 7 & 8 872,400 Penjimatan penyelenggaraan WISMA 696,000 Penjimatan letrik 85,284 Penjimatan telefon 61,200 Penjimatan internet 42,900 Penjimatan fotokopi 26,354 JUMLAH 1,784,138 BIL PERKARA TINDAKAN 5. Penutupan Operasi Syarikat Bagi Tahun 2009 Anak syarikat berikut telah ditutup operasi kerana mengalami kerugian berpanjangan dan tiada harapan dipulihkan. SYARIKAT (KERUGIAN) TERKUMPUL @ 31/12/08 (RM)
HUTANG @ 31/12/08 (RM)
PKPS Landscaping Services S/B
(3,053,473) 2,945,793 MAIS Food Industries S/B (2,345,763) 4,909,203 6. Pengecilan Operasi Syarikat Anak syarikat (SOPIC S/B) yang masih mempunyai aktiviti perniagaan yang boleh diperbaiki telah dikecilkan operasi dan pengurusan lama telah digantikan serta Ibu Pejabat dipindahkan dari WISMA ke ladang. 7. Penggulungan Syarikat Usahasama PKPS telah memulakan penggulungan syarikat-syarikat sekutu yang tidak menguntungkan PKPS (Megafores Nursery S/B dan United Falcon S/B) 8. Pengambilalihan Ekuiti Syarikat Usahasama PKPS telah mengambilalih ekuiti PKPS Farm Mart S/B (dari 40% kepada 100%) pada bulan Oktober 2009. Syarikat ini telah mengalami kerugian setiap tahun (2000 – 2008). Pada tahun 2010, syarikat ini telah mencatatkan keuntungan. 9. Pembatalan perjanjian pajakan tanah PKPS telah memajak beberapa keping tanah kepada syarikat-syarikat luar dengan pajakan murah. PKPS telah meneliti semua perjanjian dengan tujuan untuk membatalkan pajakan dan mengambilalih tanah-tanah berkenaan. Perjanjian dengan 5 syarikat telah dibatalkan (Insan Makmur Sdn. Bhd., Maju Global Trading Sdn. Bhd., Serasi Murni Sdn. Bhd., MRZ Base sdn. Bhd. dan Metro Country Sdn. Bhd.). BIL PERKARA TINDAKAN 10. Melaksanakan tanaman buah-buahan, nanas, tebu dan ubi kayu. Dengan tujuan membantu IKS, tanah-tanah kosong PKPS telah dibangunkan dengan tanaman nanas (50 ekar), ubi kayu (110 ekar) dan tebu (32 ekar) PERANCANGAN DAN STRATEGI :
BIL PERANCANGAN STRATEGI 1. Meningkatkan operasi pembenihan ikan air tawar dan pengeluaran ikan tilapia merah. Dimaklumkan bahawa projek PKPS dalam pembenihan ikan keli dan ternakan ikan tilapia merah dalam tanki simen adalah yang terbesar dalam Malaysia. 2. Projek penanaman getah balak Mengusahakan tanah Hutan Simpan Rantau Panjang dengan tanaman pokok getah balak seluas 300 hektar di bawah Program Penghutanan Semula PKPS. Benih adalah dari RRIM. -
Apakah projek-projek yang ada potensi yang boleh melibatkan rakyat terutamanya golongan belia untuk turut serta dalam menjana ekonomi mereka?
BIL PROJEK PENERIMA FAEDAH BILANGAN 1. Projek Perladangan Kelapa Sawit Kontraktor dan pembekal input pertanian 135 orang 2. Kompleks Pasar Borong Selangor Menyediakan ruang perniagaan kepada usahawan kecil untuk menjual hasil pertanian dengan menawarkan lot-lot perniagaan.
Peniaga ikan, daging, sayur, buah-buahan dll 306 orang 3. Kilang Pemprosesan , Pembungkusan dan Pengilangan Kontrak Menyediakan khidmat pemprosesan, pembungkusan dan pengilangan kontrak untuk produk kesihatan dan makanan ringan oleh anak syarikat (POLENS (M) S/B)
Syarikat pengedar 594 syarikat 4. Bazaar Rakyat PKPS Menyediakan ruang perniagaan untuk usahawan berniaga produk-produk makanan dengan menawarkan lot perniagaan di Seri Kembangan, Puchong.
Peniaga 127 orang 5. Projek Nanas PKPS telah menyediakan tanah kepada usahawan tani bagi memulakan aktiviti pertanian secara komersil bagi projek nanas.
Pengusaha 1 syarikat BIL PROJEK PENERIMA FAEDAH BILANGAN 7. Kontrak farming ikan air tawar (2010) Pengusaha 30 orang PKPS akan melaksanakan kontrak farming ikan air tawar. PKPS juga akan bekerjasama dengan FELDA. 8. Pusat Latihan Ikan Air Tawar Melalui Pusat Latikan Ikan Air Tawar PKPS, seramai 300 0rang peserta telah mengikuti kursus dalam tahun 2009. Kejayaan Pusat Latihan ini boleh dibanggakan dengan sebahagian bekas peserta telah memulakan projek ternakan ikan di tempat masing-masing.
Peserta Sebahagian daripada 300 orang