Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

155) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah hasil perolehan PKPS untuk empat tahun yang lepas dan senaraikan juga jumlah hasil yang dicatat oleh anak-anak syarikat di bawah PKPS empat tahun yang lalu

    Jumlah hasil PKPS untuk 4 tahun terakhir ialah RM176.28juta manakala jumlah hasil yang dicatatkan oleh anak-anak syarikat PKPS pula ialah RM101.95 juta. Ini menjadikan jumlah keseluruhan hasil Kumpulan PKPS sebanyak RM278.23 juta. Senarai hasil PKPS dan anak-anak syarikat adalah seperti di Lampiran 2.

  2. Berapakah peratusan hasil PKPS adalah disalurkan kepada kerajaan negeri dan senaraikan jumlah nilai yang disumbangkan kepada kerajaan negeri oleh PKPS dalam 5 tahun yang lepas.

    Jumlah pembelian tanah oleh PKPS dalam tempoh 4 tahun terakhir ialah tanah
    milik KDEB seluas 285.16 ekar dengan harga RM9.93juta. Tanah ini terletak di
    Mukim Ulu Tinggi, Daerah Kuala Selangor. Jumlah penjualan tanah-tanah milik PKPS pula dalam 4 tahun terakhir ialah seluas 668.89 ekar di enam lokasi yang berlainan dengan jumlah harga jualan sebanyak RM28.06juta. Senarai butiran adalah seperti di Lampiran 3.

  3. Berapakah peratusan hasil PKPS adalah disalurkan kepada kerajaan negeri dan senaraikan jumlah nilai yang disumbangkan kepada kerajaan negeri oleh PKPS dalam 5 tahun yang lepas.

    Sumbangan PKPS kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 5 tahun yang lepas
    adalah berjumlah RM11.25 juta untuk pelbagai program seperti di Lampiran 4.