Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
37) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan projek-projek yang sedang dijalankan oleh pihak PKPS bagi memajukan sektor pertanian di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ? Sila berikan butir-butir
Projek-projek yang sedang dijalankan oleh PKPS merangkumi aktiviti perladangan, penternakan, perikanan dan pengilangan. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:
Bil Projek Mula Operasi Aktiviti 1.
Ladang Kelapa Sawit
i. Ladang Sungai Panjang,
Daerah Sabak Bernam
ii. Ladang Jelutong Jati,
Daerah Sabak Bernam
iii. Ladang Kerling, Daerah
Hulu Selangor
iv. Ladang Editas, Daerah Gua
Musang
v. Ladang Irat, Daerah
Kinabatangan, Lahad Datu
vi. Ladang Jagoharmoni,
Daerah Kinabatangan,
Lahad Datu
1995
1997
2008
2003
2001
2001
Pengeluaran buah kelapa sawit
2.
PKPS Bukit Tinggi Fish Farm
Sdn. Bhd., Daerah Gombak
2002
Pengeluaran benih ikan air tawar khususnya ikan keli dan tilapia.
3.
PKPS Farm Mart Sdn. Bhd.,
Daerah Gombak
2000
Penternakan ikan tilapia untuk pasaran tempatan dan Singapura.
4.
PKPS Agro Industries Sdn. Bhd.
– Kompleks Pasar Borong Selangor, Daerah Petaling
1999
a) Penyewaan lot peniagaan ikan, daging, sayur dan buah-buahan kepada orang ramai.
b) Jumlah lot perniagaan di Pasar Borong Selangor ialah 310 lot.
Bil Projek Mula Operasi Aktiviti 5.
Projek Lembu Integrasi, Daerah
Sabak Bernam
2000
a) Penternakan lembu pedaging secara integrasi di dalam ladang kelapa sawit bagi mengurangkan kos makanan ternakan dan penyelenggaraan ladang. Jumlah lembu pedaging ialah 450 ekor.
b) Penjualan lembu-lembu pedaging kepada pasaran tempatan.
c) Bekerjasama dengan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam perlaksanaan projek lembu pawah.
6.
POLENS (M) Sdn. Bhd., Daerah
Petaling
– Kilang memproses dan membungkus produk herba
1994
a) Pemprosesan dan pembungkusan makanan kesihatan berasaskan herba dan madu.
b) Merangkumi pengeluaran produk jenama sendiri,
pembungkusan kontrak dan “trading”.
7.
SOPIC Sdn. Bhd., Daerah
Gombak
– Ladang buah-buahan
2002
Pengeluaran buah-buahan tropika yang mempunyai permintaan di pasaran domestik dan antarabangsa.
8.
Projek Tanaman Kontan,
Daerah Kuala Selangor dan
Sepang
– Ubi kayu, nanas dan tebu
2009
Penanaman tanaman kontan untuk membekalkan bahan mentah kepada pengusaha IKS dalam industri makanan ringan.
9.
Pusat Latihan Akuakultur
PKPS, Daerah Gombak
2005
Menjalankan aktiviti kursus untuk peserta dalam teknik penternakan ikan air tawar.
Bil Projek Mula Operasi Aktiviti 10.
Projek Ternakan Ayam Daging,
Daerah Sabak Bernam
2010
a) Penternakan ayam daging dengan kerjasama Syarikat Chareon Pokphand iaitu syarikat kedua terbesar di dunia dalam industri penternakan ayam.
b) Kapasiti pengeluaran ialah 672,000 ekor setahun (96,000 ekor setiap pusingan x 7 pusingan setahun).
11.
Projek Lembu Tenusu, Daerah
Sabak Bernam
2010
Penternakan 116 ekor lembu tenusu bagi membekalkan susu segar ke pasaran tempatan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini dan prestasi pencapaian ladangladang kelapa sawit milik PKPS ?
PKPS mempunyai enam (6) buah ladang kelapa sawit iaitu Ladang Sungai Panjang, Ladang Jelutong Jati, Ladang Kerling, Ladang Irat, Ladang Jagoharmoni dan Ladang Editas. Selain daripada itu, PKPS juga sedang membangunkan dua (2) buah ladang baru pada tahun ini iaitu Ladang Bukit Tamu, Daerah Hulu Selangor dan Ladang Tanjung 12, Daerah Kuala Langat.
i.LADANG SUNGAI PANJANG, SABAK BERNAM
Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:
RM (juta) Pendapatan 2.49 Perbelanjaan 1.70 Keuntungan 0.79 Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Yield Per Hectar 2006 11.8 2007 11.1 2008 9.7 2009 13.9 2010 (Jan – Sep) 15.1 Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 20.0 mt/ha.
ii.LADANG JELUTONG JATI, SABAK BERNAM
Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:
RM (juta) Pendapatan 3.14 Perbelanjaan 0.98 Keuntungan 2.16 Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Yield Per Hectar 2006 18.3 2007 16.4 2008 14.5 2009 19.4 2010 (Jan – Sep) 15.7 Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 22.0 mt/ha.
iii.LADANG KERLING, HULU SELANGOR
Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:
RM (juta) Pendapatan 0.42 Perbelanjaan 0.35 Keuntungan 0.07 Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Yield Per Hectar 2006 Belum matang 2007 Belum matang 2008 Belum matang 2009 2.3 2010 (Jan – Sep) 2.4 Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 3.5 mt/ha.
iv.LADANG IRAT, LAHAD DATU
Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:
RM (juta) Pendapatan 4.41 Perbelanjaan 2.27 Keuntungan 2.14 Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Yield Per Hectar 2006 14.5 2007 12.4 2008 11.1 2009 12.6 2010 (Jan – Sep) 10.9 Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 16.0 mt/ha.
v.LADANG JAGOHARMONI, LAHAD DATU
Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:
RM (juta) Pendapatan 4.05 Perbelanjaan 1.62 Keuntungan 2.43 Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Yield Per Hectar 2006 18.8 2007 21.7 2008 15.7 2009 19.8 2010 (Jan – Sep) 17.2 Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 24.0 mt/ha.
vi.LADANG EDITAS, GUA MUSANG
Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:
RM (juta) Pendapatan 2.16 Perbelanjaan 1.69 Keuntungan 0.47 Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Yield Per Hectar 2006 10.3 2007 6.9 2008 8.8 2009 5.5 2010 (Jan -– Sep) 6.3 Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 9.0 mt/ha.
-
Sila senaraikan butiran terperinci mengenai prestasi pencapaian terkini anakanak syarikat milik PKPS ? Sila berikan butir-butir
Pada tahun 2009, PKPS memiliki sebanyak tujuh (7) buah anak syarikat dan pada tahun 2010, bilangan tersebut telah berkurrangan kepada lima (5) buah syarikat sahaja. Ini berikutan daripada tindakan PKPS menutup dua (2) buah anak syarikat kerana tidak mempunyai prospek perniagaan yang cerah. Anakanak syarikat yang masih beroperasi seperti berikut:-
Syarikat Aktiviti Penda (R
Jan – 201
patan M) Sep
0
Perbelanjaan (RM)
Jan – Sep
2010
Untung/(Rugi) (RM)
Jan – Sep
2010
SOPIC Sdn. Bhd. i. Ladang Buah- buahan ii. Projek Ayam Daging
iii. Projek Lembu Tenusu
iv. Getah Balak
1,145, 233 2,447,460 (1,302,227) Peringkat pemb angunan POLENS (M) Sdn. Bhd. Kilang pemprosesan dan Pembungkusan Produk.
1,784, 436 1,779,168 5,268 PKPS Agro Industries Sdn. Bhd.
Kompleks Pasar Borong
Selangor
4,036, 210 3,156,532 879,676 PKPS Farm Mart Sdn. Bhd.
Penternakan ikan tilapia 2,891, 478 4,370,454 (1,478,976) PKPS Bukit Tinggi Fish Farm Sdn. Bhd.
Pembenihan ikan air tawar seperti keli dan tilapia
1,368, 673 1,204,324 164,349 Berdasarkan jadual di atas, faktor kerugian SOPIC Sdn. Bhd. sebanyak RM1,302,227/- adalah disebabkan oleh ladang kelapa sawit milik syarikat telah diambil alih oleh PKPS manakala ladang Selangor Fruits Valley dalam proses baikpulih. Pada masa yang sama, projek ayam daging di Daerah Sabak Bernam masih dalam proses pembangunan dan dijangka mula menjana pendapatan pada akhir tahun 2010.
Faktor kerugian PKPS Farm Mart Sdn. Bhd. pula iaitu sebanyak RM1,478,976/- adalah didorong oleh serangan penyakit yang melanda industri penternakan ikan tilapia di seluruh negara pada akhir tahun 2009. Syarikat ini dalam proses baikpulih kerana pusingan ternakan ikan tilapia daripada peringkat telur hingga penjualan ikan akan mengambil masa selama 8 bulan. Ini bermakna penjualan ikan akan mula pulih mulai Oktober 2010.