Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
32) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan tanah-tanah yang dimiliki oleh PKPS di kawasan DUN Rawang.
Senarai tanah-tanah yang dimiliki oleh PKPS di kawasan DUN Rawang dan kegunaannya adalah seperti berikut :-
Bil Mukim Keluasan (Hektar) Syarat Nyata Kegunaan Semasa 1 Rawang 12.14 Ternakan Ikan Projek Ternakan Ikan Air Tawar 2 Rawang 7.29 Ternakan Ikan Projek Ternakan Ikan Air Tawar 3 Rawang 3.49 Ternakan Ikan Cadangan Rumah Ayam PKPS Jumlah 22.92 -
Apakah perancangan atas tanah-tanah tersebut untuk membantu pengusaha pertanian?
Tanah-tanah yang dimiliki oleh PKPS di DUN Rawang telah dilaksanakan dengan projek Ternakan Ikan Air Tawar dan akan dilaksanakan dengan Rumah Ayam PKPS.
-
Apakah perancangan dan pembangunan atas Fruit Valley Selangor?
Perancangan dan pembangunan ke atas Selangor Fruit Valley (SFV) mulai tahun 2019 hingga 2020 adalah seperti berikut :-
- Mengadakan high-tech farming oleh UPEN, PKPS dan usahawan lain menggunakan kaedah hydroponics dan fertigation.
- Mengadakan usahasama perternakan udang lobster air tawar.
- Menyediakan tempat penginapan seperti chalet, kawasan perkhemahan dan lain-lain.
- Kerjasama dengan Jabatan Pertanian, MARDI dan MOA dari Taiwan untuk meningkat hasil pertanian bermutu tinggi dan menjadikan SFV sebagai model farm di Selangor.
- SFV sedang membina semula bangunan tambahan di laman VVIP untuk dijadikan pusat menimba ilmu melalui seminar dan mini-conference dengan berkonsepkan landskap moden serta tanaman pokok buah-buahan oleh pelawat VVIP.
- SFV berdaya menjadi tempat pengeluar madu lebah asli dan kelulut antara yang terbesar di Selangor.
- Persiapan untuk meningkatkan Agro Tourism bertaraf antarabangsa dalam tahun 2020.