Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
143) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah usahasama yang dilakukan oleh PKNS bersama pihak swasta dari tahun 2008 hingga kini.
Sejak tahun 2008 sehingga kini, PKNS hanya melaksanakan sebanyak dua (2) projek usahasama dengan pihak swasta yang mana perjanjian usahasama tersebut telah dimeterai pada tahun 2017.
-
Nyatakan jumlah tanah PKNS yang terlibat.
Jumlah keluasan tanah yang terlibat adalah seluas 101.3 ekar.
-
Berapakah jumlah pendapatan yang diperolehi oleh PKNS hasil usahasama tersebut?
Jumlah pendapatan yang diperolehi oleh PKNS hasil usahasama tersebut adalah sebanyak RM340 juta.