Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
106) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan keseluruhan projek Ðprojek perumahan yang dikendalikan oleh PKNS yang masih menggunakan kaedah usaha sama ?
Bil. Nama Syarikat Lokasi Unit 1. MUST EHSAN DEVELOPMENT SDN. BHD. Seksyen U12, Shah Alam 2,414 2. MUST EHSAN DEVELOPMENT SDN. BHD. Kota Damansara 832 3. SUNWAY DAMANSARA Kota Damansara 80 -
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan terdapat banyak projek yang tidak diuruskan oleh pihak PKNS sebaliknya diuruskan oleh pihak swasta ?
Pemilihan pihak swasta dalam pembangunan projek PKNS adalah disebabkan:-
PKNS telah menjemput pihak swasta untuk bersama-sama membangunkankawasan bagi mendapat manfaat dari segi perkongsian pintar dan kepakaran. Walau bagaimanapun urusan pengurusan pembangunan dibuat secara bersama oleh PKNS dan pihak swasta yang terlibat.
-
Sila nyatakan statistik terkini jumlah bilangan pengusaha yang masih menyewa ruang pejabat Kompleks PKNS di Kuala Selangor?
Pengusaha yang masih menyewa ruang pejabat di Kompleks PKNS Kuala Selangor adalah seramai 25 penyewa.