Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

173) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perumahan kos rendah yang pernah dibina oleh PKNS sejak ia diwujudkan

    Rumah kos rendah yang telah dibina oleh PKNS semenjak diwujudkan adalah sebanyak 58,572 unit.

  2. Apakah usaha PKNS memulihkan serta menyegarkan semula perumahan-perumahan kos rendah yang lama. Senaraikan perumahan-perumahan tersebut dan yang dipulihkan?

    PKNS sedang membangunkan projek pembangunan semula yang berperanan sebagai pemangkin kepada aktiviti sosio ekonomi dan bakal mengubah landskap persekitaran yang lebih vibran berdasarkan keperluan dan kehendak semasa.  Antara projek-projek yang sedang dibangunkan adalah  :-

    Projek yang telah dijalankan

    • i) 336 Unit Rumah Pangsapuri Kos Sederhana Kelana Impian, Kelana Jaya

    Projek yang sedang dimajukan

    • ii) 192 Rumah Pangsa Lama Jalan Jelatek, Pusat Bandar Taman keramat.

    Projek yang dirancang untuk dimajukan

    1. i) Rumah Pangsa Lama AU 2, Jalan Enggang, Taman Keramat. ii) Rumah Pangsa Lama, Seksyen 17, Petaling Jaya iii) Rumah Pangsa Lama Jalan Kuching, Bandar Kuala Lumpur

     

Lampiran

Tiada Lampiran.