Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
40) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk membina dan memindah ibu pejabat PKNS dari Petaling Jaya ke Shah Alam dan bila ia akan dilaksanakan?
PKNS sedang dalam perancangan untuk membina Ibu Pejabat yang baru di Shah
Alam. Kerja-kerja awal pembangunan telahpun dilaksanakan sejak bulan Mei 2010.
Pembinaan dijangka akan dimulakan pada awal tahun 2011 dan dijangka siap pada
tahun 2012. -
Berapakah anggaran untuk perbelanjaan pembinaan Pejabat PKNS yang baru di Shah Alam?
Kos pembinaan Ibu Pejabat PKNS Baru dijangka sebanyak RM90 juta.
-
Apakah pengurusan PKNS akan mengubah sistem kuota penjualan rumah di bawah kelolaan PKNS dengan peruntukan 70% untuk Bumiputera dan 30% bukan Bumiputera?
PKNS tetap mengekalkan sistem kuota penjualan hartanah dengan peruntukan 70%
untuk Bumiputera dan 30% untuk bukan Bumiputera bagi semua projek hartanah
PKNS dan projek-projek penswastaan PKNS.