Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
230) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah PKNS mempraktikkan Skim Kuota dalam penjualan rumah-rumah bagi projek- projek perumahan mereka?
Selaras dengan dasar penubuhannya, PKNS telah menetapkan Skim Kuota Jualan untuk Bumiputera sebanyak 70% dan kuota jualan untuk Bukan Bumiputera adalah 30%.
-
Adakah PKNS mengenakan apa-apa syarat bagi penentuan di dalam menjadi panel Peguam cara dan Peguambela bagi semua projek-projek perumahannya?
PKNS telah menetapkan syarat-syarat asas perlantikan panel peguam seperti berikut
i) Firma hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 3 rakan kongsi
ii) Pengalaman rakan kongsi – 10 tahun (minimum)
iii) Profesional Indemnity Insurance – RM1.0 juta (minimum)
PKNS juga turut melihat kepada bidang kepakaran yang ditawarkan oleh sesebuah firma sebelum dipertimbangkan untuk menjadi panel peguam PKNS.
Program pembasmian kemiskinan yang diluluskan oleh PKNS ialah :-
- PKNS terlibat melalui program Kerajaan Prihatin dengan menyumbangkan sebanyak RM1.0 juta setiap tahun bagi membantu, membina dan membaikpulih rumah-rumah golongan termiskin di Negeri Selangor.
- Program penempatan semula setinggan sifar sehingga tahun 2010 PKNS telah membiaya sebanyak RM130 juta.
- Pembangunan bandar baru PKNS dimana 11 bandar baru telah dimajukan.