Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
35) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini cadangan pembangunan hartanah oleh PKNS bagi memajukan kawasan padang PKNS Kelana Jaya?
Kebenaran Merancang untuk pembangunan di kawasan Padang PKNS Kelana Jaya pada 8 Jun 2012 telah ditolak oleh Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC) atas alasan tidak selaras dengan Laporan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) iaitu tapak cadangan pemajuan dizonkan sebagai tanah lapang dan rekreasi.
Tapak yang dicadangkan telah dikategorikan sebagai zon komersil sepertimana yang terdapat dalam Suratan Hakmilik tapak tersebut yang telah dikeluarkan sejak tahun 1998.
Keuntungan yang diperolehi dari projek ini akan digunakan untuk menampung subsidi yang ditanggung PKNS dalam pembangunan Perumahan Kos Rendah dan Mampu Milik yang dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk Negeri Selangor.
Sebagai tuan tanah, PKNS layak mengemukakan rayuan ke Lembaga Rayuan Negeri Selangor dalam tempoh 1 bulan setelah menerima Borang C2 (menolak permohonan berkenaan) daripada MBPJ.
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang berjaya/terpilih untuk memajukan tanahtanah milik PKNS di bawah program penswastaan pembangunan tanah miliknya dari tahun 2008 sehingga kini?
Tiada lagi projek penswastaan yang dilaksanakan oleh PKNS bermula dari tahun 2008 sehingga kini.
Sebelum tahun 2008 projek penswastaan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :-
i)Projek telah tamat – 39 projek
ii)Projek dalam pelaksanaan – 35 projek
-
Apakah pengurusan PKNS akan mengubah sistem kuota penjualan rumah di bawah kelolaan PKNS dengan peruntukan 70% untuk Bumiputera dan 30% bukan Bumiputera?
PKNS masih mengekalkan kuota 70% untuk Bumiputera dan 30% untuk Bukan Bumiputera termasuk projek penswastaan. Manakala bagi projek usahasama PKNS, kelulusan kuota tertakluk kepada kadar kelulusan Pihak Berkuasa Negeri