Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

147) PERATUSAN PENGLIBATAN WANITA DALAM PERINGKAT PEMBUAT KEPUTUSAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan dan peratusan wanita yang dilantik dalam peringkat pembuat keputusan bagi tahun 2007-2015

    Sebagaimana sumber yang diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) SUK Selangor, terdapat 60 jawatan diperingkat pembuat keputusan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Berikut adalah bilangan dan peratusan wanita yang dilantik dalam peringkat pembuat keputusan bagi tahun 2007 – 2015 :-

     

    TAHUN

    JUMLAH KETUA JABATAN WANITA  

    PERATUS (%)

    2007 7 12
    2008 11 18
    2009 10 17
    2010 9 15
    2011 10 17
    2012 10 17
    2013 12 20
    2014 15 25
    2015 12 20

    ** sumber : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) SUK Selangor sehingga Mac 2015

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk lebih ramai wanita berpeluang untuk dilantik di peringkat pembuat keputusan?

    Kerajaan Negeri meletakkan dasar 30% melantik wanita diperingkat pembuat keputusan antaranya adalah pelantikan :-

    • Timbalan Speaker Dewan Wanita pertama (2008)
    • Speaker Wanita Pertama (2013)
    • Pegawai Daerah Wanita Pertama
    • Datuk Bandar Wanita
    • Yang diPertua Wanita
    • Ahli Dewan Negeri Wanita
    • Ahli-ahli Majlis Wanita di semua PBT
    • Ketua-ketua Jabatan di peringkat Negeri dan

    Pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka, tidak mengamalkan diskriminasi gender, mengikut pencapai prestasi dan pengalaman seseorang individu adalah antara langkah-langkah yang diambil untuk lebih ramai wanita berpeluang untuk dilantik di peringkat pembuat keputusan.

  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai polisi tentang gangguan seksual di tempat kerja?

    Kerajaan Negeri mengguna pakai peraturan-peraturan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 tahun 2005 Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.