Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

215) PERATUS RIZAB TANAH MELAYU

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peratus rizab tanah Melayu di Selangor yang tidak diganti lagi?

    Peratus Rizab Tanah Melayu di Selangor yang masih tidak diganti merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), adalah sebanyak 42.5% iaitu seluas 4,650.04 ekar.

  2. Berapa peratus pula Tanah Rizab Melayu yang tidak diganti dengan sama jenis di Negeri Selangor?

    Penggantian Tanah Rizab Melayu adalah merujuk kepada Perkara 89 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan TRM yang terhenti status sebagai Rizab Melayu hendaklah diganti serta merta dengan tanah lain yang serupa jenis (similar in character) atau yang luasnya tidak melebihi keluasan yang dibatalkan. Walaubagaimanapun, di Negeri Selangor urusan penggantian ini juga merujuk kepada Pekeliling PTGS Bil. 7/2001 – Dasar dan Garis Panduan Pembatalan dan Penggantian TRM telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengenai kaedah penggantian dengan segera termasuk tidak serupa jenis bagi mempercepatkan penggantian TRM yang dibatalkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.