Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

239) PERATUS PENCAPAIAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKJ) KEPADA SASARAN LA21 BAGI BANDAR SELAMAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berbanding sasaran yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, berapa peratuskah pencapaian Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kepada sasaran LA21 bagi Bandar Selamat dan apakah aktiviti-aktivitinya?

    Jumlah kes jenayah yang berlaku di kawasan   MPKj  adalah 1818  kes pada  tahun 2020, 1623 kes 2021 dan 1468 kes tahun   Pelbagai  aktiviti  dilakukan   oleh MPKJ bagi  tujuan mengekalkan  tahap keselamatan   penduduk seperti melaksanakan   kawasan berpengawal, penyediaan lampu pencahayaan   jalan dan  tempat awam, pemberian   alat keselamatan   penduduk, pemberian  kunci mangga motosikal  , community policing , gotong royong dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.