Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
242) PERATUS PENCAPAIAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKJ) KEPADA SASARAN LA21 BAGI BANDAR HIJAU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berbanding sasaran yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, berapa peratuskah pencapaian Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kepada sasaran LA21 bagi Bandar Hijau dan apakah aktiviti-aktivitinya?
Majlis Perbandaran Kajang telah mencapai tahap Bandar Mampan dengan skor 80 ke atas sejak tahun 2017 berdasarkan sistem penilaian Murninet dan Plan Malaysia. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk pencapaian kemampanan iaitu pengurusan sisa, penanaman pokok, pengajuran hari tanpa kenderaan, river care, pembuatan barangan kitar semula, program anugerah sekolah hijau, pertandingan kebun Komuniti, pertandingan minyak masak terpakai dan sebagainya.