Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
246) PERATUS PENCAPAIAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKJ) KEPADA SASARAN LA21 BAGI BANDAR BERSIH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berbanding sasaran yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, berapa peratuskah pencapaian Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kepada sasaran LA21 bagi Bandar Bersih dan apakah aktiviti-aktivitinya?
Aktiviti – aktiviti berkaitan dengan LA21 bagi Bandar Bersih adalah:
- Memastikan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam diuruskan dengan cekap. Aktiviti kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah pelaksanaan hakiki di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan bagi memastikan sasaran LA21 Bandar Bersih tercapai. Jadual di bawah adalah perbandingan tonnage bulanan yang dikutip bagi tahun 2022.
Selain daripada kerja – kerja pembersihan sisa pepejal dan pembersihan awam, jabatan juga melaksanakan program gotong – royong bersama penduduk dalam memastikan kawasan persekitaran bersih dan selamat untuk didiami daripada wabak penyakit berjangkit seperti demam denggi. Pada tahun 2022 lebih kurang 100 program gotong royong bersama penduduk di dalam pentadbiran MPKj telah dijalankan.
Kutipan minyak masak pada 2022 di premis – premis makanan:
Bulan Jumlah Kutipan (kg) Jan 2806
Feb 4390
Mac 3028
April 2455
Mei 2864
Jun 2815
Julai 3128
Ogos 3436
Sept 3080
Okt 3099
Nov 3002
Dis 2749
Jumlah 36,852