Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
244) PERATUS KEDUDUKAN TERKINI PEMBINAAN MASJID BARU DI KG. SUNGAI RAMAL DALAM DAN BILAKAH DIJANGKA BOLEH DIGUNAKAN?
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa peratuskah kedudukan terkini pembinaan masjid baru di Kg. Sungai Ramal Dalam dan bilakah dijangka boleh digunakan?
Kerja-kerja di tapak bagi pembinaan masjid tersebut telah mencapai 95%. Pihak Jawatankuasa Masjid melalui kontraktor utama yang dilantik sedang melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan skop kerja mekanikal dan elektrikal seperti pemasangan sistem pendawaian dan sistem pembentungan. Walau bagaimanapun, pihak masjid masih lagi mengalami kekurangan dana bagi menampung kos pembinaan masjid tersebut. Oleh itu, jangkaan tarikh siap projek pembinaan masjid ini adalah sekitar bulan April 2024.